hasyuni mat isa
    


         Bismillah



                                .....







   Hidup merupakan satu perjuangan..

Semua yang berlaku..
Adalah yang terbaik untuk kita..

Doa lah agar kita masih diberi peluang untuk bertaubat..


hasyuni mat isa
Bismillah..

Assalamualaikum..

Macam mana mama boleh terlibat dengan ilmu bakery ni...walaupun mama sebenarnya bukan seorang yang pandai buat kek hatta roti..
Masih ingat lagi, dulu kalau buat kek, mesti kek itu naik dan turun semula..sadiskan...
Pernah cuba buat roti, malangnya roti .....huh..huh.. macam pau bakar..bayangkan pau bakar...
keciwa...
Yang mendorong masak adalah cerita dulu-dulu.. masa mama umur 8 tahun, latar belakang keluarga mama adalah jual kuih -muih tu.. masa kecik-kecik lagi mama selalu tolong mak mama buat kuih karipap pusing...he..he..he.. sampaikan mak tutup pintu takut orang datang dan tengok mama yang buat karipap,,
he..he..he ..kesannya mama bila buat karipap dan tengok karipap sekarang, macam dah tak boleh masuk sangat...

Sebut bab karipap..nak share resepi karipap tradisi turun temurun..dari mak mama..

KARIPAP.
 
INTI KARIPAP.
4 ketul ubi kentang-potong dadu
1 batang daun sup-rencik halus
1 paket rempah daging
Ayam/udang kering/ daging-potong dadu
 
Cara-cara.
-Panaskan minyak, tumis rempah daging.
-Masukkan ubi kentang tadi dan ayam tadi.
-Masukkan garam secukup rasa.
-Masukkan air hingga hapus ubi kentang .
-Biarkan hingga air kering.
-Akhir sekali, tabur daun sup.
 
DOH KARIPAP.
 
BAHAGIAN A.
-1 cawan marjerin
-2 cawan tepun gandum
 
Cara-caranya
-campur kedua-dua -marjerin dan tepung gandum.
-Kepal , dan jadikan doh bulat-bulat kecil.
 
BAHAGIAN B.
-1/2 cawan minyak 
-4 cawan tepung gandum
-1 1/2 cawan air. 

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak.
2.Masukkan minyak panas tadi dalam tepung, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh boleh kepal.

-Bulatkan bahagian B tadi , dan letakkan Bahagian A dalam Bahagian B..Salutkan bahagian A.

cara buat karipap pusing.
-Doh yang siap tadi digelek sekali, kemudian gulungkan doh.
-Lepas gelek semula doh tersebut, dan gulungkan.
-Lepas itu, potong doh tersebut dan dan gelek..
-Akhirnya doh tersebut jadi kecik dan masukkan inti tadi.
-Kelimkan karipap tersebut...
 
Dah siap, kalau rajin nanti, mama update gambar macam mana buat karipap tu jadi karipap pusing...
  
hasyuni mat isa
Bismillah..




Bismillah...

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah...akhirnya..mama menulis semula.Begitu lama tidak menulis...Rasa rindu untuk menulis..membuat catatan peribadi..untuk tinggalan anak cucu..

Umur semakin lama semakin hampir dengan Pencipta..Semakin berkomunikasi semakin merasa tidak ada apa-apa ilmu...betapa luas ilmu Allah ini....

Semakin menghampiri Pencipta Diri Ini semakin yakin bahawa Allah itu.semakin takut diri ini, mudahan tergolong golongan dalam jannah Allah..

Semakin hari, semakin yakin tentang Rukun Iman..
Kepercayaan itu sebenarnya adalah ubat kepada jiwa.. ubat kepada rasa tidak puas hati kita pada manusia.. ubat kepada hati iaitu melegakan jiwa..hebatkan..

Mama bukan orang ahli agama... tetapi bila difikirkan semula..Bayangkan satu  tika , kita tak punya apa-apa.. hanya Allah sahaja kita mengadu..
Bayangkan orang buat naya pada kita..tak pa Allah ada..

Kita selalu sebut.. tak pa Allah ada..bukankah itu satu ubat penenang jiwa kita...


hasyuni mat isa
Salam Ramadhan,
hasyuni mat isa
Bismillah ..... Assalamualaikum wrt.... Cuti mama ari itu penuh dengan perjalanan yang sangat panjang dan meletihkan seperti panjnagnya perjalanan hidup kita....memang benarla hidup ini penuh warna-warni..macam pelangi..sinonim dengan keadaan aturan Allah..iaitu ada waktu siang dan ada waktu malam...ada waktunya hujan ..ada waktunya panas perit dan ada kalanya sejuk je..mendung ka...begitu juga dengan aturan hidup kita..kekadang kita ada waktunya kita susah dan senang..memang macam aturan hidup.. Perjalanan mama yang jauh mama dapat pelbagai pengalaman hidup yang amat menarik dan memberi iktibar yang amat sangat..... Nak bercerita di sini bukan tempat yang sesuai cuma mama dapat simpulkan pengalaman ini...berdasarkan anologi yang mama berikan di atas... Pengajaran: 1. Sebelum kita kahwin, apa-apa yang pentingnya berdasarkan hadis Rasullah s.a.w . Ciri-ciri pasangan kita 4 perkara : harta, rupa , agama, keturunan dan yang penting agama.....Kita kena check betul2 ..biarla kita lambat mendapat jodoh , tetapi yang penting jodoh kita tu membawa kita ke syurga...InsyaAllah...Jangan berdasarkan CINTA semata-mata..hakikatnya CINTA itu bukan alat untuk kita hidup dalam keadaan sempurna...Tetapi kita hendaklah sentiasa give n take..RESTU mak ayah amat penting...Lepas tu kita mesti cari yg sekufu...maksudnya Akedemik...kerana supaya level pemikiran sama..dan seiya sekata...akan ada konflik sekiranya tak sekufu..biarlah miskin harta, tetapi tidak miskin ilmu... Susah la mama nak nyatakan disini...wahai adik2 mama yang belum berkahwin..Ingatlah perkahwinan itu adalah satu perkara yang BERAT..dan memberi TIKET ke syurga..tetapi PERKAHWINAN itu akan menjadi buruk apabila kita tak berjaya mengemudikannya..hancurnya perkahwinan akan merosakkan sistem KEKELUARGAAN...iaitu kesan psikologi pada anak2..status kita dan kita tak kan kembali pada asal..RUNTUHnya sistem kekeluargaan apabila kita mempunyai ilmu agama dan menghayatai ilmu tersebut serta pengalaman hidup yang betul... Mama sedih betul kita membuat keputusan berkahwin kita mengepikan pendapat dan pandangan mak ayah kita serta orang terdekat ngan kita...AKibatnya memang besar..Bak kata pepatah "Suami boleh dicari, tetapi Mak n AYah hanya satu je di dunia ini.."..
hasyuni mat isa
Bismillah...

Assalamualaikum.....

Semalam tak sempat nak tulis..tersibuk ngan kanak2 ribena buat hadiah untuk Hari Guru....

Apa2 pun mama nak ucapkan....

HAPPY TEACHER'S DAY.....

.uNTUk semua cikgu yang mengajar saya dan generasi mama..tq kerana didik anak2 mama....


Kek
hasyuni mat isa
Asslamualaikum...

Bismillah....Resepi kali ini yang nak dikongsi ialah kek coklat yang mama selalu buat...kemudian mama topping la dengan krim well..kekadang doh ini mama juga buat kek cup cake...atau pun mama buat coklat moise....boleh je..


Kek

Bahan A
1 cawan mentega
1 1/4 cawan gula castor
3 biji telur

Bahan B
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk coklat
1 sudu baking powder
1 sudu kecil bicarbonat soda

Bahan C
Air sejuk 250 ml @ 1 kotak susu full cream (250 ml)
Catatan : Selalunya kalau nak buat cup cake kita guna susu full cream yg kotak kecik tu....

Cara-caranya.
  • Bahan A- pukul gula+ mentega= gebu
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Bahan B- semuanya dicampur dan diayak agar dapat tekstur yg ringan.
  • Kemudian, masukkan bahan B selang seli dengan bahan C-ini boleh guna senduk je... 
  • Bakar la.....he..he...
p/s: selalunya bila kita pukul Bahan A je guna mixture-lepas tu bahan B n Bahan C kita just guna tangan je....

Untuk topping ......
saya selalu guna krimwell + icing sugar ( yg diayak ye )....
mixture je sampai jadi gebu..so hiasla ikut citarasa....ada satu tika saya malas nak ayak kekononnya nak cepat la..apa yg berlaku bila kita pipingkan ada ketulan..baru padam muka mama..


PEngajaran : Semua perkara ada displinnya sendiri..nak buat kek ni pun ada displinnya..kalau tak kek merajuk..macam tu juga hidup kita...ada displin dan caranya...mana ada shortcutnnya....kejayaan pun sama..sabar adalah kuncinya....
 

Ni Bahan C yg diayak...



Ni step 1-gula + mentega + telur
Ni rupanya bila kita selang seli air + tepung  
Akhirnya kek yg siap..tak lawa..tapi bolehla untuk Hadiah Hari Guru anak2...