hasyuni mat isa




Layang-layang...

Layang-layang abg Fatih gambar Ben 10...layang-layang kak zulaikha gambar Barbie Doll..Rentetan cerita petang yang kami tak dapat main layang-layang..akhirnya hasrat tu tercapai..(sebenarnya hasrat mama dan ayahnya...he..he..) kekonon tumpang kak dan abg punya..tapi dari ikat benang dan naikkan layang-layang dan main seterusnya adalah mama dan ayah..macam kanak-kanak ribena mama, ayah, abang fatih, kakak zulaikha dan khadijah berlari-lari atas padang main layang-layang bersama..khadijah lari punya lari sampai terpijak tahi lembu...he..he..abang fatih paling semangat sekali..mama ..mama..tengok layang-layang abang..dah naik tinggi...sukanya abang fatih..dah pandai...kakak plg rajin berlari, tu yg sebab mamanya tlg berlari bg pihak kakak untuk naikkan layang-layang...

Cerita 1: Bercerita tentang layang-layang ini ada kemahirannya...sebelum nak naikkannya layang-layang mesti tali pendek dulu ,kemudian baru dilepaskan talinya sikit demi sedikit..hingga tahap maksimum yg kita hendak..tapi tali kita masih pegang..takut-takut layang-layang tersebut terlepas ke angkasa tanpa batasannya..bebas dan terus bebas tanpa had sehingga sampai satu tahap terus jatuh hingga kemana-mana tanpa dapat dikesan empunya layang-layang tersebut...lg malang tersangkut atas pokok atau jatuh terus tidak digunakan...kalau masih kita pegang layang yg terbang di angkasa , apabila kita merasa layang-layang tersebut jauh dari kita atau terjauh sasaran kita...kita masih dapat contral dengan menarik talinya balik...kemudian kita lepaskan semula...pandai-pandai la kita mencontrolkannya..agar layang-layang tersebut agar tidak terlepas....
Anologinya mudah...ramai yang cakap begitulah kita ngan anak didik kita atau anak-anak..mesti ada guidenya ...apa guide atau rujukan kita untuk mendidik generasi kita supaya mantap...jawapannya ialah ISLAM....anak-anak kita perlu dididik dan diadun dengan acuan Islam...peringatan untuk diri sendiri juga mama perlu berazam untuk didik anak-anak menjadi pandai dan soleh...dan untuk teruskan ISLAM dimuka bumi ini...
Tidak ada cara yg lebih bagus selain roh-roh Islam perlu ditiupkan ke dalam anak-anakku..jangan jadi macam mama..jahil..Alhamdulillah Allah masih sayang dan tiupkan kesedaran pada tok wan untuk hantar ke sekolah agama..kemudian Allah lorongkan hati mama untuk ikut pergerakan Islam kat kampus...jangan takut dengan USRAH kerana dengannya kita dapat banyak manfaat..jangan takut dengan perjuangan Islam kerana syurga ganjaranNya...
Berbalik mendidik anak-anak dengan roh Islam...begitu la juga anologinya...layang-layang diibaratkan anak-anak kita, tali wau tersebut diibaratkan jalan yg kita pilih..kita diibaratkan ibu bapa yg kawal pergerakan tersebut berdasarkan acuan Islam..

Maaf tulisan yang mampu ditulis..InsyaAllah makin diperbaiki sejajar dengan membaiki diri..
"YA Allah berikan kami kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan ini, dan berikanlah kami kekuatan untuk mendidik zuriat kami menjadi hamba yg soleh..Amin"

p/s:mendidik terus mendidik hati dan jiwa serta anak-anak..satu perjuangan..
hasyuni mat isa
Salam...
Selamat bercuti sekolah yang panjang untuk semua cikgu2 terutama member-memberku di SMK Sri Istana....wa..wa...bestnya hampa buat potluck kat sekolah ye..
Hu..hu..hu..kami ni la yg kena jaga exam SPM...wa..wa..nasib baik ketua pengawas bagus..kalau tak teruk juga cuti ni..cuti macam tak cuti..kesian
Sapa cakap cikgu cuti byk...tetapi org tak fikir kami ni berkorban byk terutama masa, tenaga dan wang ringgit..tak yah cakap la..terbaca dlm satu blog cikgu2 kat Malaysia tak pandai hargai pelajar..tapi kami ada yg hargai tak?..
Fikir-fikirkan..kami sebagai cikgu-cikgu ni byk terpaksa buat...org luar tak tau kami ni juga la kerani kewangan, kami juga la kerani yang taip surat, kami juga la tukang cat, kami juga la tukang hias kelas dsbgnya..
Tapi yg penting kami nak membina manusia supaya menjadi betul-betul manusia..byk cabarannya..kami cikgu-cikgu telah berusaha bersungguh untuk membentuk anak-anak didik kami supaya menjadi manusia, doktor, jurutera, pilot dan sebagainya..
pentingkan kami...
Aku terus berdoa agar khidmatku ini berguna untuk mendidik anak-anak didikku menjadi bunga-bunga agama..yang penting agar mereka menjadi penyambung untuk mendaulat Islam dimuka bumi ini...
SELAMAT BERCUTI..TENANG-TENANGKAN FIKIRAN AGAR MENDAPAT MOTIVASI UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN TAHUN DEPAN...
hasyuni mat isa



Ini adalah hasil antara kek lapis sarawak tang diberi nama Ibu BErgaya...pelik-pelik namanya...sedap....berperasa horlick dan sekaya...mengambil masa lama juga...
Membuat kek merupakan kemahiran yang aku dapat sepanjang 5 tahun di Miri Sarawak..

Cerita 1 : Masa belajar kek ini , belajar dengan kak Dayang sifu kek aku..bawala semua bahan p umah k.Dayang belajar buat kek..Fatih pun belajar sama..sebabnya Fatih dah menampar doh kek yg mamanya buat..sampai d sekolah k.Dayang gelar kek lapis yg mamanya buat/molah adalah kek Lapis Tamparan Fatih...Sambil-sambil tu bertukar resepi ngan sifu kamik yg lain,,,K.Siti Rodiah n Kak Juleha..ni semua sifu kek lapis yg rajin bagi kamik resepi n motivasi untuk buat kek..Antara resepi tu kek ibu bergaya, kek songket berunei dan kek pandang-pandang jeling.makasih kakak tersayang jasamu di kenang hingga mati..ini ilmu yg bagus..sampai kamik boleh dapat income dari buat kek lapis ni...

Cerits 2 : Kek ini merupakan satu ilmu yg tak boleh dijual beli..ada caranya ada tekniknya..prosesnya memerlukan kesabaran kerana memerlukan masa yg lama dan menuntutkan teknik yg betul..ada lapisan yg terhasil dr picitan botol dan ada yg terhasil dr sudu..maksudnya perlukan kesabaran yg tinggi...tapi hasilnya cantik dan lumayan juga pendapatannya..Maksudnya di sini anologinya mudah sahaja...kalau sesuatu perkara itu kita buat dengan penuh kesabaran dan ketelitian kita akan dapat menikmati hasilnya...kekadang aku terfikir bolehkah aku membentuk cahayahati aku yg bertiga dengan sebaik mungkin...sebenarnya aku betul2 takut..mampukah kami suami isteri membentuk diri anak2 aku yg sebersih kain putih untuk menjadi pejuang Islam...kami berdua sebenarnya memerlukan ilmu dan kekuatan untuk membentuk anak2 kami..mungkinkah proses itu terlalu rumit seperti aku membuat kek lapis sarawak...Ya Allah andai diri ini mampu membuat kek lapis sarawak beri lah hambaMu ini kekuatan untuk melahirkan generasi pelapis yg hebat...Amin..

Cerita 3 : Sekolah aku berdekatan dgn Kolej Islam...setiap hari aku lalu depan KISAS dan ternampak anak2 KISAS jalan hendak ke sekolah..aku sentiasa berdoa agar 3 permatahati kami dapat belajar di situ...Amin...
hasyuni mat isa




Salam....
Kekadang hasil yg kita tak jangka akhirnya milik kita...betul la Kata Allah rezeki ada dalam tangan Nya....kita sebagai manusia berusaha, berusaha yang terbaik dan akhirnya tawakal-berdoa....Allah nak bagi sama ada sekarang atau kemudiannya...kalau belum lg Dia bagi maksudnya dia nak kita terus berdoa kepadanya...Hikmahnya agar kita tak lupa denganNya..dan Dia juga mahu terus mendengar kita meminta kepadaNya...
Berbalik pada tajuk asal Taman Negeri Selangor...
Cerita 1 : Aku run projek Taman Negeri Selangor hampir 4 bulan...Macam-macam ada ..maksudnya macam-macam kami buat...macam bebudak sekolah lain kami buat sepanduk, lukisan mural. kolam, bumi hijau dan yg best sekali ialah kami kutip sampah..4R..he..he..mesti fikir cikgu yuni ni tak da keja lainka..tapi bagi aku ni cara aku nak lepaskan gian aku...aku buat run satu projek untuk meluahkan rasa aku...bersama anak-anak murid ku yg sabar menghadapi segala mehnah dan tribusi..bukan calang-calang orang boleh bersabar...tq juga buat suami tersayang bukan apa konsep kami berdua jika mama sibuk ayah jaga anak...siap sibuk sekali untuk bagi support pada mama...tq...
Akhirnya semalam usaha mama, ayah dan anak-anak murid mama berbaloi..Alhamdulillah...kami Team HELP TNS dari Klang berjaya mendapat special merit dan hadiah bernilai rm300...he..he..sapa nak bagi kami free rm300 andaikata anda mencebik ala rm300 je dah hebok...Tapi yg penting usaha ni adalah hasil titik peluh tanpa membodek org lain..
Bagi aku...aku buat yg terbaik adalah aku punya titik peluh dan akhirnya aku tawakal..aku dah serik ngan sepak terajang dunia keja..kalau tak fikir keikhlasan kekdg apa yg kita buat tak dihargai langsung...kekadang nilaian mata manusia tak nampak yg sepatutnya nampak kerana ada juga manusia yang pandai membodek di depan ketua...
Cerita 2 : Dah tertulis bab-bab keja ni...nak meluahkan juga rasa hatinya...kita sebagai manusia semasa bekerja mesti ada tolenrasi sesama rakan sekerja...anehkan sesama keja tu org tak buat dia je yg buat bising satu tempat,kecoh..tapi sekiranya keja tu orang yg buat tapi sepatutnya dia buat tak la pula bising cakap namanya tak da dalam keja tu...pelik...pelik..macam-macam manusia ni..he..he..banyak perangainya..bagi aku yg penting aku buat kerja aku dan tak kacau orang, bukan jenis aku nak bodek org dan nak baik-baik dengan org kerana kepentingan diri...bagi aku dan suami ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT KITA MINTAK TLG DAN MENGADU...
Kekadang aku benci melihat senario bodek-membodek ni...emosi la pula bercakap tentang hal ni..he..he..mintak maaf la teremosi sikit..bukan apa senorio bodek-membodek ni tak sihat dan tak bagus untuk qualiti diri kita sendiri..biar kejayaan yg kita kecapi ni bg org lain tak seberapa tapi bagi kita inilah kejayaan kita dengan kudrat kita...tak da org lain boleh pertikai apa yg kita buat sebab apa depa tak tolong apa-apa pun kita malah depa lagi gembira mengagalkan usaha kita...tak da org free bagi duit pada kita walaupun sekupang...kita mesti USAHA tapi Allah yg bagi kepada kita segala-galanya tanpa memintak balasan..tapi kita masih jauh denganNya...
Macam PTK..mesti org mencebik kenapalah dapat 4,4 nak tulis juga...aku faham..tapi inilah usaha aku bersama keluarga ku terutama suamiku yg banyak bagi support dan mencabar aku supaya aku berjaya...dan yg jaga permata hati kami semasa aku baca buku...bukan senang tu...
KESIMPULANNYA:Biarlah kejayaan kita tu org tak pandang tapi percayalah usaha yg keras membuahkan kejayaan dan kita meerasa nikmatnya...
Walau mcmana pun aku ucapkan makasih pada kekawan aku kat smk sri istana yg mana menyokong dan membenarkan anak2 murid aku bergerak..makasih
p/s: Macam-macam ...