hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lg Maha Penyayang..

Perkataan yg sama cuma bezanya satu ada 1 a..iaitu PERASAN....yg satu satu ada 2 A..PERASAAN...tapi hanya bezanya satu atau 2 A..tetap membawa maksud yg amat berbeza...

PERASAN....
Mama mmg perasan bahawa hidup ini hanya sementara....tetapi perasaan mama hakikatnya amat lemah sekali....rasanya kalo semalam sambutan Rasullah..mama terfikir setakat mana mama sebagai umatnya mama rasa teruk sekali....keladang PERASAAN ini merasakan bahawa kita ngan Rasullah setakat mana tahap kecintaan kita padanya..Apa PERASAAN kita? kita sanggup hafal macam2 resepi...suka belajar atau PERASAAN kita suka ttg sesautu...kita asyik menyebutnya..tapi apakah tahap PERASAAN kita PERASAN kita terhadap rasul junjungan,,...he....he..he..jawab mama jawab...tu la...terkedu ye...bak dalam satu program agama dlm radio kalo PERASAAN kita cintakan sesuatu kita akan sentiasa menyebutnya....tu la mama pesan pada diri mama ni agar PERASAAn sayangnya kita pada Rasullah s.a.w...spy kita menyebutnya...

PERASAN n PERASAAn...perasan kkdg bgs, pasal apa ye...blh buat tindakan terkawal..kalo PErasaan bgs ka? Ntah....comfius juga kkdg...kena check balik hati..kesiannya..bak kata Ustaz "kalo Perasaan kita pada hati mati, payah tu...dalam maksudnya...

p/s: Manusia atau kita mama rasa perlu ada pERASAN dan PERASAAN....fikir
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ASsalamualikum..
Cerita kanak-kanak yang ada kat umah ni, 3 bersaudara, kekadang ayat yang terkeluar kita tak jangka..betul la cakap kaunselor: Dalam diri manusia ni terdapat 3 fiil, pertama orang dewasa, kedua kanak-kanak dan ke-3 adalah remaja...

Cerita 1: Abang Fatih dan ayah dalam kereta, tetiba ayahnya dengar bunyi dari abang Fatih, lalu ayah pun tanyala: "Bang, bunyi apa tu?"..Abang Fatih pun jawab:"Bunyi hidung abang la, "
"Knp hidung abang bunyi? "tanya ayah lagi..."Dalam hidung abang ada burungla...".

Cerita 2 : Dalam kereta nak balik rumah...tetiba hujan lebat..Ayahnya pun cakap la..."Ish, ayah tak nampakla"..Tetiba ada suara kecik jawab:"Tu la ayah, speck mata ayah dah rosak la tu, ayah beli baru la speck mata ayah tu"....Bagusnya jawapan kakak zulaikha....

Cerita 3: Ni ayat-ayat dari adik Khadijah, walaupun baru nak bercakap...antara ayat kegemaran adik ialah pantang nampak kakak atau abangnya tak pakai baju, tahu tak khadijah akan cakap ap?..he..he..khadijah akan cakap:"eeee..malu...".......pandang nampak orang pakai seksi je, atau terdedah dia akan cakap macamtu...bayangkan ari tu kat bandar, dia ternampak orang pakai tak senonoh dia akan terkeluar cakap"eeee...malu.."

Banyak lagi ayat2 yang terkeluar dari kanak-kanak ni, bila mama dan ayah fikir balik anak-anak ni kkdg ayatnya mungkin sebagai satu pengajaran buat mama dan ayah...kkdg mama dan ayah bukan orang yang bagus...kkdg silap percaturan juga, tersedar juga ngan kata-kata anak-anak yang secara langsung membuat kami berfikir balik...bermuhasabah balik cara hidup kami..Ramai yang mengatakan bahawa anak2 adalah cermin drpd ibu bapa..banyak betulnya...

p/s:Kekadang terfikir .....anakku...anakku 3 orang sahaja..mesti buat yang terbaik...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalammualaikum...

Cerita mama ttg 3 adik beradik yang ada kat umah ni...

Cerita 1: Abang Fatih anak mama yg palin sulong...teramat la kraetifnya ..banyak hasil ciptaannya..paling terbaru mama jumpa ciptaannya ialah satu gambar yg kali pertama tgk macam bas..nak tau kat mana hasil itu dijumpai..di sofa mama yg berwarna putih..huh..huh..bertuahnjya anak..mula2 tak perasaan..pastu minggu ni mama terperasaan akan lukisan tu..mama tanya tak da sapa pun yg mengaku sapa punya lukisan tu...mama biasa garang je bila tanya..pastu ayah guna psikologinya..ayahnya cakap.."cantiknya lukisan ni, sapa yg lukisan ni..macam bas je..pandainya ..sapa yang lukis ni?"ayahnya tanya..tetiba ada suara kecik jawab.."Abang la lukis, tu gang bas sekolah abang.." ...akhirnya dapat dikesan sapa punya hasil kerja d sofa mama tu..huh..huh...knp la abang ni, dah besar2 baru nak buat mural....aduh..

Cerita 2: Tentang lukisan juga..hairan betul anak2 mama dah besar2 baru nak tunjuk bakat..tapi salah tempat..selama ni tak da sapa teringin nak lukis mural kat kereta mama..tetiba je bila mama nak guna kereta tu, mama nampak 2 mural, satu depan tempat duduk , satu kat stereng..huh..huh..huh..bagusnya kanak2 ribena ni..bila ditanya menggunakan taktik yg sama, tetiba si kakak zulaikha yg cantik tu mengaku dia yg buat...

Cerita 3: Adik tak melukis, tetapi agaknya bercita-cita nak jadi tukang masak atau nak tolong mama masak pasal adik yg selalu teman mama masak..apa masakan yg adik masak? Cuba teka?...dengan segala tupware yg adik keluarkan adik menjadi ketua chef iaitu memasak bedak...habis sebotol bedak adik gunakan untuk memasak...

Itulah perihal cerita anak2 mama..bagus..tapi belum kena tempatnya...tetapi pernah dengar satu pensyarah ttg kanak2 ni...kalau anak2 kita diam , itu maksudnya ada masalah..

p/s: Bersabaq la mama no..kanak2 ni masih kanak2 ribena tetapi...mama rasa perlu juga tegas untuk displin depa ni...melentur buluh biar dr rebung...anak2 seperti kain putih, kita yg mencorakkannya...Bersabar dan bersabar untuk terus mendidik...Ameen..
hasyuni mat isa
Sekadar Renungan : 10 Kelebihan Ilmu BerBanding Harta
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

hasyuni mat isa
dENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

aSSalammualaikum...

Cerita 1: (walaupun bukan cerita sebenarnya) puas memikir apa pekara yang ingin ditulis....ilham tidak datang..agaknya tidak ada perkara yang menarik untuk dikongsi bersama...hendak menulis catatan ibnu battuta tidak ada semangat untuk membacanya...hendak menulis tentu sesuatu perkara yg menarik ttg anak2 tidak ada apa yg ingin dikongsi...
Itulah mmg sah dan benar bila sesuatu perkara itu Allah tak izinkan , maka kita takkan dapat..selalunya perkara ini terfikir semasa tengah drive...macamana Allah gerakkan keyakinan pada diri kita hendak bawa keta di tengah jalan raya...lps tu selalu terbayang..agaknya kalo Allah tak gerakkan kaki macamana nak tekan minyak n brake...payah tu memikirkannya..tapi Allah ini sifatnya Ar-Rahman n Ar-Rahim...
Macam2 diuji, kkdg kita leka ngan sifat mzmumah( yg tak bgs tu) sng je melekat pada diri...Yg bagus2 tu nak jadi amalan tu payah juga..nak istiqamah...he..he..apa yg penting kita cuba yg terbaik n selalu membaiki diri kita...

Cerita 2: Tetiba mama teringat nak kongsi sesautu....minggu ni mama cikgu yang bertugas untuk minggu ni..selalunya bila guru bertugas ni, kita diberi peluang untuk bercakap di perhimpunan rasmi ari Isnin...sebenarnya bukan diberi peluang tapi diwajibkan bercakap ..nak tak nak terpaksa la cakap sebab mama ketua...maka tiba la ari Isnin tu..pertama mama baca laporan guru bertugas minggu lepas..lps baca laporan tu mama pun bercakap menggunakan skrip mama.."Pelajar2 tolong diam, bukan senang awak nak dengar cikgu hasyuni cakap..rasa2nya hanya setahun sekali je saya cakap di depan..jadi tolong diam dan dengar apa yg saya cakap...ceritanya begini, pada satu ari , ada 2 beranak iaitu anak dan maknya pergi pesta ataupun fun fair..awak tahukan fun fair tu?"tanya mama pada anak2 sri istana...semasa berjalan2, tetiba anak tersebut teringin nak beli belon..bila sampai di tempat penjual belon tu, kanak2 ni pun tanya la pada pak cik yg jual belon tu..."Pak Cik..Belon warna apa yang akan naik tinggi,?".."ok..kalau awak apa warna belon yg awak rasa naik tinggi?" mama tanya pada anak2 sri istana..ada yg jawab hitam , ada yang jawab biru..mama cakap"tak pa.apa warna yg awak pilih adalah betul"...mama pun sambung cerita lagi..pak cik belon pun menjawab pertanyaan anak itu"Dik, warna tidak pengaruh tinggi atau rendahnya belon itu, tapi yg menyebabkan tinggi atau rendah belon itu ialah kandungan gas di dalam belon itu"...lalu mama pun buat la kesimpulan cepat2 pasal mama rasa mama cakap lama di depan perhimpunan tu..he..he..kalah pengetua la pula: Kesimpulannya mama cakap" sekarang yg menentukan kejayaan kamu adalah semangat yg kamu ada, latar belakang , kaum atau bangsa tidak langsung pengaruh..yg penting kamu mesti BERJIWA BESAR untuk mencapai kejayaan kamu sendiri"....dah abis cakap mama turun pentas..ada seorg member tegur.lamanya hang cakap...

p/s: TErsenyum...yuni bila bercakap tak ingat dunia...harap2 anak sri istana faham untuk diri sendiril....sorry la terover pula bila bercakap...