hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....

Assalamualaikum wrt...

Dalam tv kan kita ada cerita tentang "Halimah Jonggang"....siap dengan lagu nya sekalikan...
Cerita tentang kakak zulaikha....ni..ada satu perangai yang menjadi tabiatnya...dulu ingat bila budak hisap jari ramai yang menyatakan bahawa budak itu baik....mama rasa ok la ...macam boleh terima...tak pa la biarkan je la dia hisap jarinya..
Tetapi bila dah naik umur hampir 5 tahun ....bila kita lihat dia hisap jari, mama rasa macam tak sesuai, hisap jari sampai jari itu la jadi kecut...bila kakak zulaikha mula hisap jari, kita panggil atau cakap pun dia dah tak dengar. Betapa sedapnya atau lekanya dia hisap jari...Nak dijadikan cerita, bila tertengok cerita Halimah Jonggang tu..mama terfikir nak bagitau kat kakak , orang yang hisap jari tu, nanati akan tertolak giginya ke depan dan nanti giginya jonggang macam dalam cerita tu...jadi bolehla mama nyanyi kakak gigi jonggang...kakak nak jadi macam tu ka?...bila ditanya kakak tak mau..sebelum macam2 cara mama buat supaya kakak tak hisap jari...tak jalan semua cara tu....Alhamdulillah kali ni jalan la...
Agaknya kakak nampak kesan bila dia hisap jari tu...giginya kedepan ,kata abang fatih...tak cantik langsung sambung kakak pula.tahu pun....

p/s: anak2 ni banyak kerenehnya..kekadang rasanya suara mereka menagis tu irama yang sedap untuk telinga....layan je la...
hasyuni mat isa
Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalamualaikum..

Cerita ini tentang seorang yang amat mama kagumi dan amat mama hormati...mungkin bagi orang lain, dia tidak terkenal..tidak ada sumbangannya pada masyarakat dan tidak ada apa2 nilainya..tetapi bagi mama, inilah antara 2 manusia yang amat mama sayangi...mama sentiasa berdoa agar mama dapat berbakti dan menjaga mereka semasa mereka memerlukan mama...

Mama bercerita tentang ayah mama....bagi mama ayahla pembakar semangat mama selama ni..bayangkan mama belajar rajin2 pun dulu..bukan mama fikir untuk masa depan mama , tepai apa yang mama pentingkan agar mama tidak kan kena marah ngan ayah..kalau dapat teruk mesti kena marah..takut betul mama bila kena marah...
Ada tika tu, mama ingat lagi...kamikan susah dulu...nak bertukar kasut pun payah...kasut mama dah tersenyum di depan..berjalan je nampak stoking kat depan..tetapi yang mengharukan mama, mak dan ayah mama senyap2 kat bilik mereka..rupa2nya mereka menjahit kasut mama...bagi mama ni cerita yang mama simpan sampai bila2...baru2 ni kami suami isteri mendapat kata2 baru"suami atau isteri boleh dicari dan diganti, tetapi mak, ayah dan anak2 tak boleh diganti....".

Mama ka bercuti sebulan kat umah utan aji...walaupun mereka ni dah tua..tetapi tidak ada istilah rehat bagi ayah..bayangkan tak pernah duduk diam la...ada je keja yang mereka buat..hebat betul la mereka...kekadang bila berhenti rehat ka, tengok tv kejap ka....terasa malu betul la..orang tua boleh buat keja, kita ni yang muda dok rehat....istilah rehat mereka bila malam tidur dan bila mereka sakit saja....

p/s: hebatkan mak ayah kita...mama ni nak rehat je kejanya...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...untuk sahabat mama semua..

Rasanya dah lama tak bercerita anak-anak kecik kat umah ni.....Makin dah besar dah..abang fatih 6 tahun, kakak 5 tahun dan adik lak 3 tahun untuk tahun depan...Nak dikatakan kanak2 ni idea mereka sentiasa ada dan kreatif...sebenarnya bagi mama ni je harta yang mama ada dan sikit lak tu boleh kumpul...tapi kata suami: " tak pa biar 3 org tapi kualitinya seolah 30 orang "" ameen.....

Cerita 1 : Mama cuti kali ni kan mama n anak2 cuti sebulan kat kampung..rasa puas la...apa yang mama nak kongsi ni tentang hal anak2 mama terutamanya abang fatih..betul la kata pakar motivasi kalau kita bergaduh ngan suami jangan bergaduh depan anak-anak....apa yang kita buat tu...itu tontonan anak2 dan tak bagus untuk contoh pada anak kita...mama ni bukan bagus sangat, kepala anginnya kuat juga..he..he..he..satu malam tu, mama , fatih n tok fatih tengok tv..cerita dalam tv tu tentang umah tangga la..suami isteri bergaduh..tetiba fatih bersuara: tok..tok...ari tu kan mama ngan ayah bergaduh..." ..bila mama dengar ...alamak anak aku ni....apa la duk cerita kat tuknya pula..kantoi betul...mama pun cerita kat suami mama..kesimpulannya kata sini kalo kita bergaduh ka bertengkar ka jangan depan anak2...biasala dalam umah tangga ni, mama berkongsi cerita ni bukan mendedahkan aib umah tangga ...tetapi nak kita buat pengajaran bahawa anak2 kita memerhati apa yang kita buat..betul la dalam Islam menegaskan anak2 itu ibarat kain putih dan ibu bapa la yang mencorakkan anak2 itu, samada hitam atau tak...memang betul...kekadang kita tak yakin anak kita mampu...tetapi mama terfikir kalau tak ajar sekarang bila? lama2 dah makin hari makin membesar anak kita...cabaran betul tu..

CErita 2 : Ni cerita semasa kami tengah makan sama2..menu ari tu, masak tompoyak dan ikan kembung goreng..tetiba adik bersuara: "mama, mama , adik ikan paus...".mama ngan ayah senyum je..khadijah ni..apa je ikan dipanggilnya ikan paus..mama pun balas"besarnya ikan adik, adik nak makan ikan paus ka?....nantikan kalau cikgu kat sekolah tanya adik, adik makan apa? adik jawab ikan paus, terkejut cikgu adik....".

Cerita 3 : semasa mama kemas barang, mama terjumpa set mekap...kakak kan suka make-up....jadi mama pun hadiahkan pada kakak zulaikha...apalagi bila mama bagi je..terusnya dia make-up...khadijah pun tumpang sekaki..tetapi apa yang mama nak cerita di sini, kekadang perkara yang fitrah tu akan timbul sendiri...macam mama ni mana la make-up , cuma bedak anakku je mama pandai...tetapi perkara yang nak cantik dan berhias ni, walaupun kita tak ajar..tetapi memang dah fitrah si kakak ni memang suka berhias...suka pakai lipstik dan make-up...macam warna pink la..walaupun mama ni nampak macam gangster..mana ada ayu2..tetapi bila time anak2 mereka suka warna pink....

Kesimpulannya: Apa yang kita cakap, kelakuan kita, gaya kita , amalan hidup kita,,,,sebenarnya adalah contoh yang terdekat pada anak2 kita..kekadang kita terlupa..macam mama...nak anak jadi yang terbaik..so akhlak mama mesti ok...kalau mama perhati anak2 mama..kekadang dalam percakapan mereka , mereka menggunakan apa perkataan yang kita gunakan pada mereka..kekadang mereka gunakan semula bila bercakap semasa mereka..seolah2 lakonan semula yang kita lakukan pada mereka....anak2 membayangkan kita....

p/s: Tok wan bebudak ni selalu ingatkan: "Kak hang mesti pastikan anak2 hang habis baca Al-Quran....pulun dan ajaq macamana aku ajaq hampa..bila sekolah menengah tak habis lagi Al-Quran tu yg jadi cerita macam2.."..ni amanat ayah pada mama...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Bila air datang sekali,
Sawah menjadi laut,
Air tinggi arasnya dari pokok padi

Sapa kata,
Bot tidak boleh naik atas jalan raya...

Kuasa yang Maha Esa...
Membuktikan betapa Maha Hebatnya Pencipta kita...

Disebarkan pada air supaya membuat lawatan sosial di perlis dan Kedah..
Maka dengan taatnya air yang tidak tahu mana datangnya...

Datang sekelip mata...
Habis semua berjaya ditenggelamkan....

Maha Hebat pencipta kita..

He..he..he...best tak sajak mama..
Dah lama tak mencoret catatan dalam blog ni...
kekangan masa dan kekangan kemudahan menyebabkan mama tak sempat menulis..tetapi hati teringin sangat..

Sekarang sekolah masih lagi cuti..
dan mama baru je balik dari kampung..banyak cerita mama nak kongsi..
Kongsi cerita yang pertama adalah tentang banjir yang melanda di Perlis ..
Hasil dari sumber primer yg mama dapat dan mama nak berkongsi dengan sahabat mama ..

Cerita 1: Air banjir yang melanda dipercayai datang dari Siam (Thailand)...tetapi apa yang menarik banjir ni....air tersebut datang begitu sekejap...dengan sekelip mata sahaja air dah naik dan rata2 cakap mereka tak sempat nak buat apa2....betapa cepatnya sifat air ni...

Pergerakan air juga amat menarik..sesapa yg hafal peta perlis akan faham....pertama air ke arau kemudian ke kg bakau..kemudian ke Taman sentua...begitu cepat sekali...
Mak Cik mama yg keja misi atau ( nurse ) terpaksa pergi kerja dengan kato atau dengan lori askar..bayangkan jalan ke Kangar terus tertutup ..hanya kenderaan berat sahaja yang boleh lalu...
Kekadang nak pergi hospital pergi ngan bot di atas jalan raya...bayangkan...sesuatu yang mustahil telah berlaku bot digunakan di atas jalan raya seperti cerita sultan muhammad Al-Fatih bawa kapal dari hutan .....kemudian air banjir tersebut berombak seperti air laut dan arusnya juga deras....Satu fakta yang menarik dan ajaib la bg mama..
Dulu masa banjir mama selalu ada kat kampung..tetapi kali ni mama tak sempat nak balik....

Bersambung ye..mengantuk....