Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang....
Assalamualaikum wrt....
Selalunya kan kita berpantang selama 45 hari kan...pantang dari segala2nya.....supaya kita pulih dari segalanya..untuk memulihkan badan kita kepada asal....
Kekadang kenapa kita tak persoalkan..kenapa kita mesti pantang dalam 45 hari atau 40 hari???..kita boleh pertikaikan hal ini...nanti mak2 kita mesti marah pada kitakan..ikut je..semua itu untuk kebaikan diri kita juga ..supaya kita bila dah jadi warga emas nanti, badan kita , kekuatan dalaman kita masih ok...tak da la merungut sakit lutut la..lenguh la..macam2 nanti..urat tegang la...
Jangan dilawan cakap orang2 yang berpengalaman just follow je....
Kenapa tetiba je mama sentuh bab pantang ni..mama dah dapat anak yg ke-4 ka???...he..he..he..rezeki belum ada lagi..hanya keajaiban Allah nak bagi kat mama baru mama dapat anak yang ke-4 ...InsyaAllah ..Ameenn...
Pantang dengan amalan budaya hidup kita sebenarnya amat sinonim....anologi mama cukup mudah....kalau kita pantang selepas bersalin selalunya kita akan berpantang selama 40 hari dan ke atas...Tak ka kita terfikir kenapa kita perlu begitu lama untuk tempoh berpantang ni???...Satu lagi anologi yang mudah selalunya kalau kita ucap perkataan 44 kali..InsyaAllah itu akan jadi perkara yang kita sebut tu..kemudian kalau kita perasan ada dalam hadis Rasullah...yang menyatakan sesapa yang tidur petang selama 44 hari akan mewarisi sifat gila...
Jadi apa kesimpulan yang dapat kita buat adalah :
1. Kalau sesautu perangai atau sifat yang kita cuba jadikan budaya hidup kita , kita mesti bermujahadah atau cuba amalkan dalam tempoh 44 hari itu..InsyaAllah akan jadi budaya hidup kita...
2. Mesti komit atau mesti istiqamah dalam melakukan perkara itu dalam tempoh 44 hari itu..agaknya orang tua2 kita suruh kita pantang 44 hari itu, mungkin untuk tempoh budaya hidup kita selepas bersalin secara tak langsung untuk memulihkan badan kita...
Cerita mama tentang pantang yang dah habis ni, kami terbangun dari mimpi bbahawa anak2 kami dah besar la..yg sulung dah 6 tahun..tetapi abang belum pandai baca lagi..ini menyebabkan mama ngan ayah risau..nak tak nak kami terpaksa chek balik gaya hidup kami semula...masa kami ngan anak2 macam mana..kekadang mama terfikir mama boleh tolong anak murid mama dalam peperiksaan yang besar..kenapa mama tak boleh ajar anak sendiri membaca?...sedih juga dalam..mama sedar bahawa sistem pendidikan sekarang sudah maju...sesiapa yang masuk tahap 1 tidak tahu membaca alamaknya masuk kelas permulihan dan dia akan terus tercicir...
Maka kami suami isteri membuat kesimpulan baru, Gaya hidup kami sekeluarga perlu disemak semula...pendekatan baru perlu digunakan serta formula baru perlu dicari ..akhirnya...kami membuat kesimpulan :
1. Solat Maghrib berjemaah..selepas solat maghrib abang , kakak n adik perlu baca iqra', buku adam n dina , dan buku bahasa Melayu...kami mulakan amalan ini lepas mama dan anak2 balik dari kampung masa cuti sekolah hari itu..maksudnya sekarang dah bulan 2..jadi kami semua Alhamdulillah dah habis tempoh pantang..
Mama berdoa agar budaya ini terus lekat dan sebati untuk kami sekeluarga..
Kesannya: dalam tempoh tu, abang dah iqra' 2 n bukuk adam n dina dah level 2...buku bahasa melayu dah kira ok la...kakak dah iqra'2 juga...cuma kakak ini kekadang main2 dalam bacaannya...adik...tahu menyebut je la...
Kesan pada mama....mama ada banyak masa ngan anak2 mama..paling mama puas..mama sendiri yang ajar mereka..ayah pun sama..tetapi mama teringat kata2 ayah mama..:" kak, aku ni tak pandai..mengaji pun setakat darjah 6 sahaja, sebab tu aku hantar hampa merata pada orang yang pandai, mintak tolong ajar hang....la ni , hang ngan laki hang orang pandai2..hang ajar la sendiri anak2 hang , terutama mengaji Quran tu...yang penting depa khatam Quran kak".....
Sebenarnya, bagi mama..kami sekeluarga banyak lagi kekurangannya...tetapi kita menulis atau bercakap mungkin cukup senang...tetapi untuk dijadikan amalan hidup ini cukup payah...perlu fikir n buat untuk kita dan generasi kita...kepada yang sudah jadi budaya hidup, mungkin usaha kami tak seberapa....tetapi bagi mama inilah anjakan pradigma untuk kami sekeluarga....