hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...

Kisah ini adalah kisah benar...kisah kasihnya seorang ayah terhadap anaknya..Ayahnya dah berumur dan berusia, tetapi kekadang si ayah ini , terlupa dengan kudrat yang ada sekarang tidak sama dengan kudrat semasanya muda dulu......
Amat besr kasihnya ayah..mama letak pada gambar ayah mama, ayah pembakar semangat mama untuk terus berjuang menjadi bintang di malam yg gelap..bagi mama ayah la pembakar semangat....
Sekarang musin buah kat kampung, mama dah rasa semua buah yang ada kat kampung tu..mak ngan ayah mama dah bawa mai umah dah..ntah apa yg gatalnya mulut mama ni, bila ayah cakap nak pos lagi buah rambutan mama ia je kan..sedapnya....ayah dah janji ngan mama nak pos dengan bas..tapi tak pa la..mama tak harap sangat...

Tetapi sekitar minggu lepas. tengah maghrib mama dapat call dari mak mama yang menyatakan ayah jatuh pokok rambutan tengah ambil rambutan untuk mama ngan pak su..risaunya hati tuhan je tahu...tunggu lagi panggilan, kemudian dapat panggilan dari abg mama yang menyatakan ayah dah masuk wad dalam keadaan tak sedar..mama dengan keadaan tersebut terus balik malm tu juga...cuma yg laratnya mama hanya mampu jaga 2 hari je..tuntutan kerja...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wrt..

Mama pernah katakan..bahawa antara mimpi indah yg mimpikan..inilah mimpi yg mama tak pernah masuk dalam mimpi indah mama.....memang mama tak pernah berangan atau mimpi..Tapi Alhamdulillah....

Sekadar gambar kenangan yg diambil sepanjang majlis tersebut...








Alhamdullilah.....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt..



Erti Doa Solat Dhuha:"Wahai Allah , Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu, keagungan itu adalah keagunganMu, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekkuasaan itu itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan iti adalah perlindunganMu, Wahai Allah , Jika rezekiku di langit maka turunkanlah Ia, Jika di dalam perut bumi maka keluarkan ia, Jika sukar ( mendapatkannya) maka mudahkan ia, Jika haram ( kotor ) sucikan ia, jika jauh dekatkan dia, dengan berkat waktu dhuha, keagungan , keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkan kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...Ameen..."

kekadang bila amalkan ,....sesautu yg kita tak mimpi..hatta dalam mimpi2 indah kita pun, rezeki itu tak termasuk dalam senarai mimpi indah yg kita idamkan....dalam erti kata yg sebenarnnya pekara itu adalah yg mustahil...kalau org cakap untung sabut timbul, untung batu tenggalam...tapi mama rasa ini adalah untung batu yg timbul...memang hakikatnya tidak ada angan2 langsung..

Kesimpulannya: Allah itu hebat...cuba hayati dan renungkan maksud doa itu..betapa kasihnya Allah pada kita...mama tidak mampu berkata2 apa2...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wrt...

Menulis adalah salah satu cabang untuk menyuarakan pendapat dan salah satu cara kita berdakwah...apa yg mama nak cerita disini adalah tentang satu perkataan yg cukup sinonim dengan kita ..kalau kita dengar sesapa bercakap di radio ka..di tv ka...apa2 saja la berkaitan dengan hidup ka..hatta dalam perniagaan ...perkatan TAMBAH NILAI acap kali disebut2....sebenarnya TAMBAH NILAI tu apa? satu hari mama tanya maksud tersebut kat suami ...."la..mama tak tau ka, apa tu TAMBAH NILAI..dulukan kat UPM ..pensyarah selalu sebut tentang tambah nilai..memang la perkataan tu senang je...tapi mungkin membawa maksud yg amat mendalam..."

"Mama...contohnya macam ni..kalau seorang peniaga tu jual air tebu je..sedangkan ramai orang dah jual air tebu..jadi untuk meningkatkan hasil jualan tu, peniaga tersebut terpaksa buat TAMBAH NILAI terhadap productnya..seperti jual ais krim tebu ka...sedaikan jus tebu ka...jadi itu maksudnya tambah nilai..."
oooooo...baru mama nampak apa tu TAMBAH NILAI..
he..he..he..kekadang bertanya tak sesat jalan kita kan..

Sedap juga perkataan TAMBAH NILAI...banyak yg perlu ditambah nilai mungkin dari segi ibadat kita...pekerjaan kita ...dan tugas kita sebagai mama dan ayah..serta kualiti hidup kita..agak2nya kalau hidup kita ni plain je...sama je..dari sebelum kerja ngan sebelum berkahwin sama je..mesti itu dikatakan tiada langsung Tambah Nilai kita...
Tapi yg pasti , satu je yg bertambah UMUR kita makin hari makin bertambah...maka kita akan berada dalam kerugian la ..kalau macam tu...

Kekadang mama terfikir...nilai Tambah atau Tambah NIlai amat penting...bukan apa2..tak kan la kita duduk dalam keadaan statik je...lama2 kita juga akan boring...hidup ni perlu ada perubahan..Perubahan dalam Islam adalah Hijrah..hijrah maksudnya kita mesti la dari buruk ke baik...terutama dalam bulan Syaaban ni...kemudian kita kan masuk dalam bulan Ramadhan...doa2 la agar kita mampu Tambah Nilai kita dalam bulan yg penuh berakah ni...
Diam2 tak diam saban tahun kita akan berada dalam bulan Ramadhan tetapi tahun depan kita tak pasti lagi...mudahan kita sama2 dapat buat Tambah Nilai tersebut...tetiba mama teringat KAd Touch N Go....selalu je tambah nilai pada kad tersebut..knp?..sebab kalau mama tak tambah nilai maka mama tak la dapat guna kad tersebut untuk pergi kemana2... lagi satu perasan tak kalau guna Kad Touch N Go tu berbanding ngan Tunai..laluan Touch N Go tu lebih cepat dan mudah je..berbanding laluan Tunai..terpaksa beratur lama la ..baru la kita boleh bayar duit tol..kalau kita dah Tambah Nilai siap2 Touch N Go kita ..kejap je kita settle urusan pembayaran Tol...Anologinya mudahkan...begitu juga la laluan hidup kitakan ..kalau sahabat2 kita yg buat TAmbah Nilai dari segi ibadahnya...laluan kita disana InsyaAllah akan dipermudahkan...begitu juga hidup kita didunia ni,,kalau kita TAMBAH NILAI ilmu kita..INsyAllah kita akan dipermudahkan...
oooooooo.....TAmbah Nilai apa yg jadi pilihan kita..tapi mama rasakan semua perkara kita perlu TAMBAH NILAI..terutama ibadah kita...mudahan Ramadhan ini kita berusaha buat TAMBAH NILAI yg sepatutnya..agar NILAI TAMBAH kita akan BERTAMBAH NILAI di sisi Allah....

p/s: Rupa2 semasa menulis baru mama tersedar TAMBAH NILAI tu AMAT PENTING...,
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt..

SElagi mataku Allah izinkan berkelip..
mudahan kelipan ini dapat mengembirakan alis yg memandangkan....
selagi mataku masih lagi bersinar..
kumohon agar sinaran ini dapat menyihirkan anak2 muridku supaya ilmu yg kusampaikan tertusuk dalam hati mereka...
Selagi kerdipan ini masih diizinkan Penciptannya..
ku berdoa agar kedipan ini mampu menyenangkan alur2 yg menlahirkan aku...mudahan dengan kerdipan ini juga memhilang galau bonda dan ayahnanda..
Ku berdoa agar mataku terus berkelip sehingga 3 pasang yg mampu kudidik...