hasyuni mat isa
Assalamualaikum wrt ..

Ni ayat paling takjub lagi..indahnya Bahasa Arab n bahasa A-Quran..

Surah An-Nuur ayat 35 :

Maksudnya :
"Allah (pemberi) cahaya ( kepada ) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar, Pelita itu di dalam kaca ( dan ) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya )seperti mutiara , yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyaknya berkah.(iaitu ) pohon zaitun yang tumbuh tidak sebelah timur ( sesuatu ) dan tidak sebelah baratnya .yang minyaknya ( saja ) hampir -hampir menerangi , walaupun tidak sentuh dengan api. Cahaya di atas cahaya ( berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki , dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.."


Hebatnya ayat..bahasa yang amat indah sekali...subhanaAllah..mama suka sangat..amat suka..nanti mama jumpa satu surah lagi..mama akan upgradekan..

Ni maksudnya nuur yang Allah bagi ..sebuah lubang yg tak dapat ditembusi cahaya, kemudian lak ada pelita besar dalam kaca seakan bintang dengan minyak zaitun yg mana minyaknya sahaja dah bersinar tanpa bantuan api..andai diletak apai lagi la bercahaya..hebatnya ibarat nuur itu..nuur itu la yg akan tolong kita buat keputusan hidup kita....dimana akan tiba satu ketika dimana hati org lain mati, kita doakan hati iita tidak mati..inilah nuur yang kita cari selama ini...

Jangalan dihilangkan nuur ini dalam hati..Ameen...
hasyuni mat isa




Bismillahirrahmanirrahhim..

Assalamualaikum wrt..

Hari ni kami sekeluarga pergi ke konsert akak ...lama jugak la menunggu nya..he..he..dah lama praktis ni kat umah..macamana la rupa akak masa buat persembahan tu..he..he...ayah dah siap rakam dah..

Masa yang tunggu dah tiba..rupa2nya akak cuma jadi tayar bas..tapi tak pa la akak, sikit je yang jadi tayar bas tu..hanya 4 tayar je..kalau akak tak da macamana bas nak bergerak jadi tayar...he..he..he..dalam banyak2 tu anak mama yang paling kecil..comel..

Cerita 2 :

Antara atucara majlis ialah tazkirah dari ustaz..anatar isi kandungan yang sempat mama tangkap ialah kekuatan azan...tajuk tazkirah ialah peranan ibu bapa dalam membentuk anak2...semasa anak dilahirkan kita azankan ia...kemudian masa anak2 kita kecil kita peluk dan azan kan juga anak2 kita..kalau dah besar pun kita masih boleh azan ngan azan masa mereka tengah tidur...
InsyaAllah anak2 tak la buat hal sangat..letih ooo jaga kanak2 ribena kat umah ni..
hasyuni mat isa



Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wrt....

Kekadang apa yg kita rasa tak sama ngan apa yg orang rasa...kekadang perisa yang kita cuba cari tak jumpa juga..kekadang apa yg kita hendak tak sama ngan apa yg orang hendak...kekadang apa yg kita harap tak sama ngan apa yg orang harap...maksudnya apa???maksudnya hati kita ni berbeza.....rasa kita pun berbeza...apa yg menarik ialah kita buat la apa yg kita rasa nak buat...mama terfikir dan berangan andaila mama dapat rezeki menulis yg bagus2 untuk semua orang alangkah nikmatnya....nikmat merasa apa yg kita tulis dan nikmat mengarapkan apa yg kita hendak....

Apa yg merepekkan ni..he..he..he...best juga merepek..bila kita buat sesuatu tetapi asyik keluar keputusan yg mengecewakan maksudnya apa ye???he..he..he..apa yg kita harapkan ??apa yg kita hendakkan???..kehendak hati????ikut hati mati..he..he..he..

Perit memang perit..menjadi pengajar yg kekadang kita rasakan ilmu kita tak berkembang langsung..tapi apa pilihan yg kita ada>>>>>????..rupanya hidup kita tak la banyak sangat pilihan..perlu atur betul2..kerana..hidup ini ada warna2nya..macam kita lorekkan atau warnakan untuk sesuatu yg ada gambar..nak cantik ka tak ??terpulangla pada kita sendiri..apa yg mama merepekkan....tulisan yg tak da point untuk dibuat....macam lagu nur kasih....mama suka sangat..he..he..ada feel and best..

Boringkan...

Lewat ini
Kurasakan
Kasih kian kudambakan
Rasa hati yang kupendam
Pada Takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Kumencari cahayanya
dalam bayang kegelapan

Kasih hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
dalam maya kesabaran

Ku kembali
kerana masih
mencari yg hakiki
Sinar Pasti
Janji suci yg Abadi..

Akhirnya dapat juga lirik ni....

p/s :Syahdu betul...layan feeling..kekadang i feel good juga la...Janji suci yg Abadi...
hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...

Tersenyum mama bila mama melihat blog mama...mudahan Allah memberi kekuatan untuk menulis..terus menulis menyatakan apa yang terfikir..mudahan isi buahnya menjadi santapan untuk kita bersama berfikir...selalunya mendapat idea semasa mama tengah memandu kerana macam2 kita dengar dalam radio dan macam2 perkara kita perhati dan rasa masa memandu...

Antara kata-kata yang mama suka ialah..."Kita tak dapat megubah tiupan angin, tetapi kita dapat menentukan arah layar kita kemana kita hendak tuju "...mama setuju dengan kata-kata tu....silap tujua arah layar..maka kita akan sesatla ..tetapi beruntungla orang yang mampu mengubah arah layar walaupun dah separuh jalan berlayar dan baru sedar kompas yg ditetapka salah..Lagi-lagi beruntungla kalau dari awal arah layar dah betul...semua itu kita tentukan...

Cerita 1 :

Bercakap tentang arah layar tu...mama teringat Dr Mohaya dalam radio..kita perlu menjadi manusia yang export...bukan manusia yang menimport...apa tu export???apa itu import????maksudnya kita mesti jadi manusia yg dapat export segala kemahiran kita untuk orang lain..jangan sokmo jadi manusia yg selalu je import tenaga org je untuk kepentingan diri kita....

Cerita 2 :
Bahan dari bacaan mama tentang dari luar ka dari dalam yang menghasilkan bahagianya kita..Dari luar maksudnya ialah harta kita yang menyebabkankebahagiaant kita..atau tenangnya hati dari dalam menyebabkan bahagianya kita..kalau manusia normal akan menyatakan bahawa ketenangan hati dari dalam akan menghasilkan kebahagian dari luar..mmmmm..memang ini betul...sebenarnya macam perahu yg ada layar td...kita set betul2 agar perlayaran kita mengikut garis yg betul agar kita dapat kebahagiaan dunia dan akhirat....

Cerita 3 :
Mama tak pasti ramai yang setuju ka tak...rasa mama seumur hidup mama, tak pernah la mama g tengok wayang..he..he..dulu ada rasa teringin la juga..tapi bila kawan mama cakap beli tiket tu macam kita beli tiket nak masuk neraka..jadi mama pun tak jadi la...nak cari mampus...tak betul apa kita beli tiket nak masuk neraka...he..he..he..bila dah jadi mama ni..keinginan itu menjelma semula jahat tak..bila dengar ada kekawan2 yang bawa anak2 mereka tengok wayang...dengan alasan kita buat sama2 ngan anak2..biar anak2 rasa...tetiba TERINGIN..nak dijadika cerita masa itu ada cerita Nur Kasih....tetapi mama rasa Allah nak selamatkan mama tentang hal itu..tetiba satu pagi mama tengok tanyalah Ustaz..Ustaz Zaharuddin yg bagi kulaih..dia cakap bayangkanlah itula perkara yg pertama kita buat, tetapi nak dijadikan cerita kita meninggal semasa buat perkara tersebut..sebagai contoh tengok wayang...pap..pap...alamak terkena batang hidung...Ya Allah...taubat dah mama terfikir macam tu..berbual dengan Kak Yani :" akak saya pernah terniat nak bawa anak2 tengok wayang....bukan apa terasa macam best je bila akak tu cerita...tetapi nasib baik la Ustaz Zaharuddin ada bagi kuliah ari tu, terkena batang hidung akak..he..he.."Apa kata Kak Yani:"Ala Yuni tak yah la..anak akak Hilham tanya knp kita tak leh gi tengok wayang?Kekawan Hilham pun banyak tengok?..akaka pun bagitau la Yunii..tentang rancangan Jahat Yahudi 5S-Seks, Sport, Screen, yang 2 lagi mama dah lupa.."....tak yah la Yuni....kita buat yang terbaik anak kta...."..iyela akak betul tu...he..he..he..malu betul mama...ada ka dalam banyak2 keja..teringin nak tengok wayang..Alhamdulillah...

p/s: banyak2 la membaca , apabila kita bersembang..pilih je yg baik..yg kurang tu jadikan sempadan...