hasyuni mat isa
Bismillah..

Assalamualaikum..

Macam mana mama boleh terlibat dengan ilmu bakery ni...walaupun mama sebenarnya bukan seorang yang pandai buat kek hatta roti..
Masih ingat lagi, dulu kalau buat kek, mesti kek itu naik dan turun semula..sadiskan...
Pernah cuba buat roti, malangnya roti .....huh..huh.. macam pau bakar..bayangkan pau bakar...
keciwa...
Yang mendorong masak adalah cerita dulu-dulu.. masa mama umur 8 tahun, latar belakang keluarga mama adalah jual kuih -muih tu.. masa kecik-kecik lagi mama selalu tolong mak mama buat kuih karipap pusing...he..he..he.. sampaikan mak tutup pintu takut orang datang dan tengok mama yang buat karipap,,
he..he..he ..kesannya mama bila buat karipap dan tengok karipap sekarang, macam dah tak boleh masuk sangat...

Sebut bab karipap..nak share resepi karipap tradisi turun temurun..dari mak mama..

KARIPAP.
 
INTI KARIPAP.
4 ketul ubi kentang-potong dadu
1 batang daun sup-rencik halus
1 paket rempah daging
Ayam/udang kering/ daging-potong dadu
 
Cara-cara.
-Panaskan minyak, tumis rempah daging.
-Masukkan ubi kentang tadi dan ayam tadi.
-Masukkan garam secukup rasa.
-Masukkan air hingga hapus ubi kentang .
-Biarkan hingga air kering.
-Akhir sekali, tabur daun sup.
 
DOH KARIPAP.
 
BAHAGIAN A.
-1 cawan marjerin
-2 cawan tepun gandum
 
Cara-caranya
-campur kedua-dua -marjerin dan tepung gandum.
-Kepal , dan jadikan doh bulat-bulat kecil.
 
BAHAGIAN B.
-1/2 cawan minyak 
-4 cawan tepung gandum
-1 1/2 cawan air. 

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak.
2.Masukkan minyak panas tadi dalam tepung, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh boleh kepal.

-Bulatkan bahagian B tadi , dan letakkan Bahagian A dalam Bahagian B..Salutkan bahagian A.

cara buat karipap pusing.
-Doh yang siap tadi digelek sekali, kemudian gulungkan doh.
-Lepas gelek semula doh tersebut, dan gulungkan.
-Lepas itu, potong doh tersebut dan dan gelek..
-Akhirnya doh tersebut jadi kecik dan masukkan inti tadi.
-Kelimkan karipap tersebut...
 
Dah siap, kalau rajin nanti, mama update gambar macam mana buat karipap tu jadi karipap pusing...
  
hasyuni mat isa
Bismillah..




Bismillah...

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah...akhirnya..mama menulis semula.Begitu lama tidak menulis...Rasa rindu untuk menulis..membuat catatan peribadi..untuk tinggalan anak cucu..

Umur semakin lama semakin hampir dengan Pencipta..Semakin berkomunikasi semakin merasa tidak ada apa-apa ilmu...betapa luas ilmu Allah ini....

Semakin menghampiri Pencipta Diri Ini semakin yakin bahawa Allah itu.semakin takut diri ini, mudahan tergolong golongan dalam jannah Allah..

Semakin hari, semakin yakin tentang Rukun Iman..
Kepercayaan itu sebenarnya adalah ubat kepada jiwa.. ubat kepada rasa tidak puas hati kita pada manusia.. ubat kepada hati iaitu melegakan jiwa..hebatkan..

Mama bukan orang ahli agama... tetapi bila difikirkan semula..Bayangkan satu  tika , kita tak punya apa-apa.. hanya Allah sahaja kita mengadu..
Bayangkan orang buat naya pada kita..tak pa Allah ada..

Kita selalu sebut.. tak pa Allah ada..bukankah itu satu ubat penenang jiwa kita...