hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Ceritaku di sekolah..
Entry 2010...(sorry ronie tiru ayat hang, halal no)..cerita ku di sekolah..cerita yang penuh dengan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dengan amanah yang amat berat dalam kekangan diriku sebagai mama...tersepit antara sepitan tanggungjawab yg amat berat..sekadar luahan rasa agar menghasilkan amplitud yg tingggi untuk menghasilkan gema yg bagus,..ini output yang patut aku hasilkan...he..he..biasala aku....itulah penawarku..tugas ku pada dasarnya aku terima dengan perasaan yang amat positif, tenang..tetapi bila tugas yg kuterima mula kurasakan bahangnya..aku merasakan tugas yg terbeban..tak pa Yuni..pikiq yang positif andainya terlepas ngan cabaran ni..InsyaAllah akan dipermudahkan ..sekiranya ini telah ditulis usah biarkan hati ini mengeluh lagi..duhai hati yang rapuh..jangan mengeluh lagi..mungkin ada hikmahnya disebalik kerja yg banyak ni...maaf ya..Ya Allah ..aku betul2 ingin mendidik diriku supaya membuat kerja sehabis baik, sehabis bagus..untuk menghasilkan anak-anak didik menjadi yang terbaik, sehebat dan sebagus yang mungkin..Ya Allah Kuatkan aku dengan segala2 cabarannya.Mudahan ini menjadi titik tolak satu permulaan yg Bagus..Semuanya telah kuluahkan segala mcam politik di sekolah pada suamiku..kami satu perjuangan yang sama.segala nasihat yg diberi oleh suami ku aku ambil kira.kata suamiku: Tak pa la sayang, jadikan ini sebagai satu peluang dan jadikan ini sebagai satu cara untukku menambah ilmu sayang..Ingat sayang segala milik kita adalah milik Allah, segala yg kita buat semuanya kita berserah kepadaNya pada akhirnya.Nak bagi atau tidak terpulang padaNya.kita hambaNya berdoa dan terus berdoa agar semuanya menjadi kenyataan....Termenung sebentar dan berfikir.."Ya Allah jadikan aku terus bersemangat untuk mendidik hatiku, anak2ku dan anak muridku menjadi insan yg berguna..Amin.."

Ceritaku di rumah..

Ini satu kisah 3 beradik yang berbangsa Iban tapi Islam agamanya..Alhamdulillah..
Anak Pertama : Abang Fatih..

Seorang pemerhati yang bagus, dan seorang yg kuat makan, tapi badannya kecik ja..makannya MasyaAllah..Satu yang kuperhatikan abang ni seorang yang sukakan buku...ingat lagi semasa mama terpaksa naik flight sorang-sorang bekalan yg utama perlu ada ialah buku supaya abang fatih duduk diam..Cuma hati abang fatih amat halus, bila saja dimarah amat sensitif, cepat mendengar kata..toilet train abg fatih yang amat mudah..sekali diberitahu abg dah besar dan tahun ni abg dah tak perlu pakai pampers abg dah faham...Terlupa sesautu gps yg bagus sebagai co-pilot yang bagus kerana abang fatih cepat ingat jalan..sekiranya tok wan sesat di Andalas abg fatih boleh tunjuk jalannya...ayat favourite: Mama abg lapar..abg nak roti byk2..supaya abg kuat..abgkan besar...Abang sabar bang..mama tahu abang nak cuba pelbagai benda tapi abang kena tunggu mama dan ayah..lagi satu bang..abang satu2nya anak laki mama..abang tak leh pentingkan diri ye..jaga adik2 baik...

Kakak Zulaikha:
Kakak yang banyak ceritanya..bak kata suamiku agaknya pembentukkan secara tak langsung ada kaitan ngan ZULAIKHA...nama seorang puterikan..segal2nya macam puteri, warna pink, barbie doll..he..he..kkdg aku pelik, puas memikirnya..macamana la ciri2 yang terlalu keperempuanan ada pada anakku yg seorang ni..mamanya kan brutal, mana la pink girl....semuanya serba-serbi pink, seorang reporter yang hebat, belajar segala perkara secara tak langsung dr abang, sekiranya abang dapat mengeja muqadam, pasti kakak zulaikha akan dapat...kakak jangan cepat merajuk ye, penatnya mama pujuk kakak..nanti besar2 rajin ye..seorang yg suka perhatian...

Adik Khadijah: Anak yang amat bertuah berbanding abg dan kakak, kerana sepanjang adik membesar adik membesar bersama mama dan ayah..tak macam kakak dan abang..mereka berdua membesar bersama mama sahaja, hanya cuti sekolah je abang dan kakak berjumpa yah..he..he..Adik yg comel dan unik..macam abang n kakak juga pandang jumpa buku..


Kesimpulannya: Kata suamiku"Sayang sekarang dah tak da apa yang kita nak cari Alhamdulillah Allah dah bagi semuanya....Sekarang masa kita nak didik anak-anak kita pasal outputnya bukan macam mee segera...andai kita miss saat sekarang untuk didik anak kita, kita akan kerugian seumur kita..anak2 kita adalah aset kita..."
p/s: Betul bang..perlu program yg mantap untuk didik anak2 spy menjadi soleh n solehah ameeen/.....
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment