hasyuni mat isa
Assalamualaikum...satu cerita yang menarik dan patut buat kita berfikir....

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? (sumber asal : Shikin Zakaria)

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.

Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?” “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi…

Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Allah Maha Mengetahui.....What u give, u get back...
hasyuni mat isa


hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum w.r.t.....

"Guru..oh..guru....jasamu kenang..." atau lagi best lagi lagu yang selalu mama n kekawan di sekolah menyanyi adalah.."Kami Guru Malaysia...Berikrar dan Berjanji".....


He...he..he...Pertama mama nak wish selamat Hari Guru kepada semua guru...KKdg kita diraikan dalam satu Perayaan...semua kita raikan...Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya...Tapi dalam Islam mmg wajarkan kita raikan Hari2 tertentu..dengan mengambil pengajaran terhadap sesautu peristiwa agar kita ambil iktibar dan berdoa untuk rasa cintaNya dan rasa kehambaan kita pada Pencipta kita....

Cerita 1;
Cerita sambutan Hari Guru di SMKSI.....first time mama n the gang main futsall....macam best la juga...tetapi diharap mengukuhkan ukhuwah antara kita...rasa macam zaman kanak2 dulu...lupa sekejap apa yg ada di kepala....
KKdg bila mama dan sahabat bercakap ttg hal GURU n Anak murid ni...banyak pekara yg timbul...terutama anak2 di Sri Istana...Adakah anak2 ni tahu kewujudan kami???Lawak la juga persoalan yg dilontarkan....he..he..he..adakah Kami ( Cikgu2 ) ni dihormat n dihargai selayaknya seorang guru..mama teringat ka2 hukamak: Ilmu itu didatangi ...zaman sekarang n agaknya sistem kat sini terbalik sikit...cikgu yg pergi bilik darjah untuk menyampaikan ilmu..kalo dulu ilmu itu dicari, anak2 murid begitu hormat ngan guru...tapi sekarang lainla..tetapi apa yg mama faham di luar negara, murid akan masuk ke kelas yg ada cikgu...bukan cikgu yg cari murid...mungkin displin ilmu ini tidak dipatuhi maka jadilah macam sekarang...he..he..he..maaf ye menbebel la pula....
Tapi yg pasti mama rasakan Hari Isnin tu kita enjoy untuk diri kita...betul tak...dah la kita dihormati dengan mengadakan gotong-royong..org lain dihargai dgn kenaikan gaji dan elaun...cuma dikaji adalah mengurangkan kerja penkeranian guru...itu je...Agaknya sapa "GURU" dimata masyarakat sekarang amnya...dan di mata anak murid khususnya....hanya pekerja yg disuruh melakukan apa saja...malah dipastikan mengeluarkan produk yg betul2 bagus untuk menyabung kesenambungan generasi untuk negara.....tetapi kkdg kebajikan kita tidak sapa yg peduli....Alahai nasib la badan..he..he..he..

Apa yg pasti lagi....sebagai guru ni..pada mama la, kalo kita nak jadi kaya..jgn jadi guru, kalo kita nak rehat byk, jgn jadi cikgu...hidup sebagai guru yg ada hanyalah kepuasan mendidik anak murid menjadi manusia.....tapi apa yg penting...Sebagai guru , kita amat teristimewa...bukan apa....kalo nak suruh guru jadi apa saja, semua guru boleh buat....sebut sahaja..."tukang simen, buat kolam, tanam pokok bunga, tukang jahit, tukang cat......tukang buat parking lot, doktor ka....pendek kata mmg GURU ni satu pekerjaan yg HEBAT...sebab tu, kita sebagai mampu menghasilkan produk manusia pelbagai bidang...kkdg bila rasa diri dah tak da perasaan untuk buat apa saja bebanan tugas , mama buat tak tahu je la........

Apa2 hal pun kita mesti ENJOY apa yg kita buatkan...
SELAMAT HARI GURU UNTUK KKWN SEPEGURUAN DAN BEKAS GURUKU DI SKUA, SMKAP, SMKAA DAN USM...JASAMU DIKENANG.....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wrt...

Mama rasa dah lama mama tak menulis dengan rasa hati....mama nak menulis , mula2 ada idea tapi...disebabkan keadaan idea itu hilang..he..he..he..Allah tak turunkan ilham...

Cuma nak berkongsi aktiviti di smk sri istana..

Cerita 1; minggu lepas , minggu ko-akedemik...macam2 ada...rasanya ni paling berjaya..tapi paling mama kagum...antara aktiviti yg menarik adalah..aktiviti pertandingan gunung berapi, anak2 sri istana tak perlu disuruh diam, dia diam ngan sendirinya...semuanya macam rasa takjub n hairan kot...macamana boleh buat gunung berapi..kemudian dengan pamerannya...thanks for team work Panitia Math..yg banyak tolong terutama k.irtiza , k.fiza n noorhafiza atas game math magic, thanks for Mdm Foong atas pameran walaupun mama berpaling tadah...he..he..he..mama kena urus pameran fizik...thanks for MAs yg urus hadiah n my friend Noraini yg urus bahan untuk melancarkan urusan...sebenarnya Team Work yg penting dalam erti kata mudah..konsep amal jemaah...yg penting...kalo tak da Team work tak la jadi bahan untu Matematik...n panitia Math kitakan..Untuk sahabat2 mama dalam Panitia Matematik jangan putus asa mendidik, walaupun kita dapat produk yg macamana pun..tak pa kita cuba yg terbaik ye..,.hati kita mendidik hanya Allah saja yg membalasnya...




Cerita 2: Pertandingan Roket Air....mama pernah merasa tension ngan pertandingan ni...knp ye???sebabnya yg pertama mama tak tahu macamana nak buat roket tu, yg ke-2 mama tak tahu nak buat pelancar tu..mmg masa mengajaq kat Kolej dulu ada la cikgu2 sibuk buat roket ni....tapi mama tak sempat nak ambil tahu pasal mama sibuk dengan matematik....bila ket sri istana, yg nak dikatakan rezeki..huh..huh..mama terpaksa handle roket..maka mama carilah dalam internet macamana nak buat roket n pelancarnya..tapi yg mama sedihnya mama masih tak faham macamana...sedihkan..sedangkan masa dah suntuk....akhirnya mama belajar buat pelancar ngan pelajar sri istana n belajar buat roket ngan pelajar juga....he..he..he..tak pa kan..walaupun kita cikgu..kalo anak murid kita lebih arif kita boleh belajar dengan dia...bab kata Ustaz Zahazan dalam kuliahnya setiap pagi: Sifat ilmu ni untuk guru2..1.Kita tak tahu n kita tak tahu...ada satu kisah tu ...dalam 40 soalan yg ditanya hanya 6 soalan sahaja boleh dijawab oleh seorang guru..kalo kita tak tahu cakap tak tahu.....kita boleh tanya org yg arif...
Apa perasaan mama bila kena buat pekara yg kita tak da ilmu..rasa macam nak menangis...wa..wa...tapi bila Allah permudahkan lorong kita...kita jumpa ngan tok guru nak kita belajar mama rasa lapangnya dada....tapi apa yg penting kita mesti ada ilmu n cara macamana nak buat...



Cerita 3: Hal anak2 sri istana juga..mama bawa anak2 ni untuk perbentangan kertas kerja TrEEs...tentang alam sekitar la....yg kesiannya anak2 ni ditanya bertalu2 dr sekolah lain...tapi bagi mama tak pa biarla ni jadi satu pengalaman bg mereka..apalagi bila group sekolah lain bentang mama pun mitak diaorg tanyala soalan....bagusnya anak2 ni....rupa2nya betul la dalam gelapnya malam masih ada bersinarnya bintang di langit...dan betulla semakin gelapnya malam, semakin bersinar bintang tersebut...begitula mama fikir..dulu mama rasa susah hati, apa kepuasan mama dapat cari di sri istana ni...kita mesti cari lubangnya..Puasnya kita..kita dapat tolong anak2 ni lulus exam..puasnya kita , kita tolong bina keyakinan mereka ....bak kata k.ir...dalam lawatnnya ke sek Dengkil...pengetuanya pesan:Cikgu2 jgn jemu tegur anak2 ni, lama2 diaorg akan jadi biasa....

Cerita 4 : Banyaknya cerita mama..semua ttg hal sekolah mama....he..he..he..biasala jiwa pendidik...tapi makin lama kita disitu..makin jelas matlamat kita, makin kita suka dengan sekolah tu...kita doakan makin semangat kita nak ubah sikap anak2 kita...
apatah lagi kita yg sama2 menceriakan sekolah..kita yg sama2 menjaga sekolah...Ya Allah bg kami warga pendidik di SMK Sri Istan satu kekuatan yg LUAR BIASA untuk mendidik anal2 didik kami supaya Manjadi Manusia......dan berjuang dalam agamamu..Ameen.....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......

Assalamualaikum..

NI diambil dr blog seorang sahabat...amat bgs direnungkan.....

KENYATAAN HIDUP.....
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru
bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua…" Gurunya meneruskannya……
"Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. …"
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"
tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya
Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…"
hasyuni mat isa



hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum.....

he..he..he...apa kenangan yg terindah....adakah kita dilamun cinta...ntahn la..apa yg pasti hujung minggu lepas mama n the gang telah belajaq buat cup cake..tak caya ni cup cake yg kekawan n mama hasilkan...



Kekadang apa yg kita belajar adalah apa yg kita suka...apa yg kita suka itula yg menyenangkan hati kita...cuba bayangkan kita tak suka buat apa kita tahu kita tak sempat belajar n kita tahukan n yakin apa yg kita mampu n apa yg kita tak mampu buat...tapi orang paksa juga kita dan kita ngan terpaksanya terpaksa buat...natijahnya ?????? paling malang anak murid kita la....Ya Allah kejamnya..mama mmg dah tak mampu nak mengajaq fizik..untuk mengajaq yg paling best...macam mana mama mampu menghayati p&p untuk matematik...mama rasa mama mampu buat yg terbaik untuk matematik...knp???sebab mama dah ajaq pekara tu dah lama n matematik tu bagai irama dan lagu untuk keja mama..tapi fizik..mama rasa macam ntah apa2 yg mama ajaq...tolongla memahami untuk difahami......aduh..aduh...mana mama sempat untuk belajaq buat roket..atas dasar cuba2 n atas dasar tanggungjawab mama buat..tapi atas dasar keseronokan n atas dasar apa ye......knp maMA YG DIPILIH???? HU..hu..hu....mmg ramai yg mencebik buat cup cake boleh..tapi nak mengajaq fizik tak boleh...macamana nak cakap ye...mmg mama tak suka....atau dah terlambat mama untuk menyukainya,....setelah hampir 7 tahun mama dah berdamping ngan matematik......ntah la....apa yg harus mama buat untuk meneruskan setahun ni....mama terpaksa buat....n habiskan untuk setahun ni....tapi untuk meneruskan tahun depan mama dah tak sanggup....mama dah lera tapi apa pilihan yg mama ada??????????macam tak da pilihan je...tapi mama akan cuba wujudkan pilihan...bolehka macam tu.....he..he..he..
tetapi adakan satu ayat dalam al-quran tu....Allah tak kan bebankan sesautu pekara tu melebihi tahap kemampuan kitakan.......tapi..hish...byk betul mama punya tapi....tapi andaikan katakan sri istana tak da cikgu fizik, mampu pegang juga tanggungjawab tu....tapi kan dah ada......mama tak pernah rasa tertekan macam ni..tapi........

Sorry la meluahkan rasa, rasa apa ye..manusia ..terutama mama ..biasala ada je kelemahannya..meluahkan rasa itu perlu..tapi mama sampaikan pesan pada angin yg lalu....bolehkah angin sampaikan pesan ni????he..he..he...banyak2 la berdoa..agar pesan ni Allah detik kan pada hati insan yg kita tujukan....

Cerita 2::: CErita ku Cup cake.....ni la hasil yg dapat dipersembahkan....hasilnya
Satu sajak mama karangkan..



Kupersembahkan cup cake..
Meluahkan rasaku yg kusut
Tapi adakah ni yg kurasakan

Hasil olahan cup cake ku
Apa yg kudapat
Luahan rasa..
Yg amat panjang

tapi manusia
beginilah..
Bolehkah kita corakkan bentuknya
atau rupanya
dengan olahan tangan kita..

Kita kena ingat.
corakan manusia
dr agamnya
yg pasti dr
Al-quran......



he..he..
p/s: ntahapa2....jgn amat apa yg ada d sini....