Showing posts with label tazkirah hati. Show all posts
Showing posts with label tazkirah hati. Show all posts
hasyuni mat isa
    


         Bismillah



                                .....







   Hidup merupakan satu perjuangan..

Semua yang berlaku..
Adalah yang terbaik untuk kita..

Doa lah agar kita masih diberi peluang untuk bertaubat..


hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt..



Erti Doa Solat Dhuha:"Wahai Allah , Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu, keagungan itu adalah keagunganMu, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekkuasaan itu itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan iti adalah perlindunganMu, Wahai Allah , Jika rezekiku di langit maka turunkanlah Ia, Jika di dalam perut bumi maka keluarkan ia, Jika sukar ( mendapatkannya) maka mudahkan ia, Jika haram ( kotor ) sucikan ia, jika jauh dekatkan dia, dengan berkat waktu dhuha, keagungan , keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkan kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...Ameen..."

kekadang bila amalkan ,....sesautu yg kita tak mimpi..hatta dalam mimpi2 indah kita pun, rezeki itu tak termasuk dalam senarai mimpi indah yg kita idamkan....dalam erti kata yg sebenarnnya pekara itu adalah yg mustahil...kalau org cakap untung sabut timbul, untung batu tenggalam...tapi mama rasa ini adalah untung batu yg timbul...memang hakikatnya tidak ada angan2 langsung..

Kesimpulannya: Allah itu hebat...cuba hayati dan renungkan maksud doa itu..betapa kasihnya Allah pada kita...mama tidak mampu berkata2 apa2...
hasyuni mat isa
Assalamualaikum...satu cerita yang menarik dan patut buat kita berfikir....

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? (sumber asal : Shikin Zakaria)

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.

Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?” “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi…

Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Allah Maha Mengetahui.....What u give, u get back...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......

Assalamualaikum..

NI diambil dr blog seorang sahabat...amat bgs direnungkan.....

KENYATAAN HIDUP.....
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru
bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua…" Gurunya meneruskannya……
"Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. …"
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"
tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya
Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…"
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum....

Tentu berfikir apadia G-Math...sebenarnya G adalah untuk Genius Math....kira2 satu permainan macam scrabble la...tapi tu untuk bahasa ...tapi ni untuk improve kecekapan pemain menconggak dan kecekapan pemain untuk membina equation atau persamaan math....semua ni dilakukan dalam 30 saat sahaja....satu permainan yg bagus untuk sekeluarga...Sebenarnya bukan nak cerita ttg G-Math ni..tapi nak cerita ttg suasana semasa pertandingan G-Math...

Cerita 1: Mama pada ari Rabu tu bawa budak g pertandingan G-Math ni....kkdg niat mama bukannya betul pun..tapi betul la janji Allah tu kalo kita buat semua perkara kerana Allah n ikhlas dan kita pasti akan dapat ganjarannya..he..he...mama buka la pekung mama sendiri..ambik pengajaran tau...bila masuk pertandingan kita berharap sek sri istana yg tercinta terpilih antara yg teratas walaupun anak2 mama tu kakaknya je yg train...kita berharap dapatla masuk pusingan akhir...tapi malangnya anak2 tersebut hanya masuk semi final je...he..he..tgk tu guna perkataan malang...salah tu..rezeki kami hanya semi final je....tapi apa yg mama belajar sepanjang bersama kakak dari sekolah lain satu yg mama tertarik...cikgunya berpesan pada anak muridnya begini bunyinya" Tak pa kamu buat yg terbaik yg penting kamu IKHLAS dan JUJUR...mudahan kamu dapat belajar dan lebih faham agar kamu dapat mengajar adik2 kamu bila balik sekolah nanti"......terpukul mama bila terdengar kata2 tu dari seorg cikgu yg bagus...akhirnya anak murid tersebut dapat top 5....tgk tu ...he..he..terpukul dan malu mama dengar diri sendiri....bagusnya akhlak cikgu tu....tetapi semangat kesekolahan tu perlu ada...yg penting niat yg betul ...bila dicerita pada ayah yg student hanya dapat tempat ke-7 sahaja...ayah cakap apa.."Cikgunya niat tak betul kot"..selamba je ayah tembak mama..kena lagi..he..he....

Cerita 2: Baru teringat sesautu...sekarang perjalanan balik ke rumah atau tempat keja ..paling koman pun setengah jam.....dalam perjalanan cuma pasang radio IKIM je la...banyak maklumat yg diperolehi...dalam perjalanan pulang ke rumah semalam apa yg buat mama tertarik untuk berkongsi ialah seorang pengusaha t-shirt muslimah....kalo akal manusia , apa kaitan t-shirt ngan dakwah Islam...pada dasarnya dia buat t-shirt adalah untuk memenuhi keperluan anaknya untuk beriadah dalam keadaan menutup aurat....tapi dia jadikan aktiviti tersebut dlm bidang dakwah dgn cara membuat kata2 pada t-shirt tu..kata pengusaha tersebut"Inilah yg mampu saya buat untuk Islam..saya berdoa agar ini dijalankan amalan saya untuk akhirat nanti....saya rasa amat puas walaupun hanya seorang sahaja hatinya tersentuh ngan kata2 yg terdapat pada t-shirt keluaran saya"..Apa yg menariknya lagi..Bila ditanya apakah keistimewaan t-shirt keluaran syarikatnya berbanding keluaran lain...dengan rendah dirinya dia menyatakan bahawa saya tak berani menyebut..apa yg pasti kami menekan keselesaan...kami bukan berdasarkan keuntungan...
Hebatnya.....penjual t-shirt je..mama ??????DImanakah SUMBANGAN kita untuk ISLAM????

p/s: Kita bercerita n terus bercerita kkdg adakah cerita yg kita cerita tu bgs untuk semua org????
hasyuni mat isa
disebuah hutan belantara, ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa itu sangat lemah kerana hilang tempat perlindungannya..Tidak lama kemudian sekawan kambing datang melintasi tempat itu..Bayi singa ini mengerak-gerakkan tubuhnya yg lemah, Mama kambing melihat keadaan baby singa tu merasa kesian melihat keadaan baby singa tu..Jadi terbitla nalurinya untuk merawat dan melindungi baby singa tu..
Si mama kambing lalu menghampiri baby singa dan membelai dengan penuh kasih sayang ...sehingga baby singa tu merasakan itu mamanya..Lalu baby singa tu terus mengikut kemana saja mama kambing tu pergi..sehingga menjadi keluarga ngan sekawan kambing itu
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, maka anak singa itu semakin membesar dalam asuhan mama kambing itu, dan hidup dlm suasana kekambingan...kambing menyusu, singa pun menyusu, makan , minum dan bermain bersama-sama ngan anak kambing..Tingkah lakunya sebiji macam kambing la..bukan macam singa...Bahkan baby singa tersebut yg dah jadi singa dewasa mengeluarkan bunyi macam kambing..bek..bek...bukan mengaum macam singa..
Singa tadi merasakan dirinya kambing, bukan singa...Ia sama sekali tidak mengangap dirinya seekor singa..
Suatu hari, terjadi pergaduhan..seekor serigala buas masuk memburu kambing tersebut..semua kambing-kambing jadi panik..semua kambing ketakutan...yg bestnya singa tersebut pun sama-sama lari ketakutan...Mama kambing pun minta pertolongan pada singa itu berlawan ngan serigala tersebut..mama kambing pun berkata"Kamu, singa , cepat tolong takutkan serigala tu...keluarkan auman kamu yg kuat agar serigala tersebut takut..dan lari"kata mama kambing pada singa tersebut..
Malangnya , anak singa yg telah ditarbiyah dengan kekambingan ikut berlari ketakutan dan bestnya ia berselindung belakang mama kambing ...Singa tersebut berteriak sekuat hatinya....apa yg keluar? Bukan gauman singa tapi bekan kambing...bek..bek...bek...Sama je ngan kambing yg lain..Anak singa tersebut tidak bisa membuat apa2 ketika salah seekor saudara susuanya diterkam dan dibawa lari oleh serigala itu...
Mama kambing sangat sedih...kerana anaknya telah menjadi habuan serigala..Ia menatap kepada anak singa itu dengan perasaan marah..." Seharusnya kamu dapat menyelamatkan saudara kamu , dan sepatutnya kamu dapat berlawan dan menghalau serigala tersebut..."
Anak singa itu hanya tertunduk dan tidak faham dengan maksud perkataan mama kambing itu...Ia sendiri merasa takut ngan serigala, maskan ia dapat berlawan ngan serigala tersebut...Ia merasa sangat sedih kerana tidak berbuat apa2 untuk menyelamatkan keadaan..
Hari berikutnya, serigala datang menganas lagi....Kembali memburu kambing untuk santapannya..Kali ini, mama kambing sebagai habuan...mama kambing telah ditangkap dan dicengkam oleh serigala tersebut.Semua kambing tidak berani menolong mama kambing.Anak singa tidak sampai hati melihat mama kambing tersebut mati kerana ia telah menganggap sebagai mamanya...Dengan nekad ia terkam dan menyondol serigala...serigala amat terkejut dihadapannya ada seekor singa..
Serigala jd amat takut...Habisnya kali ni..Ia pasrah , ia merasakan ari ni mautnya akan sampai...
DEngan kemarahan luar biasa , anak singa itu berteriak keras...."EMbiiiiiiiiiiiiik!!!! Lalu ia mundur kebelakang dan ambil tajak untuk menyeruduk lg...
Melihat tingkah laku anak singa itu, serigala yg ganas dan licik itu langsung tahu bahawa yg berada di depannya adalah anak singa yg mentalnya adalah kambing...Tidak ada bezanya dengan kambing...
Tidak semena-mena ketakutannya hilang...Ia menggeram marah dan siap menerkam kambing bertubuh singa itu...atau singa bermental kambing!
Sementara, anak singa itu menerjang dan menyurudukkan kepalanya layaknya seekor kambing, sang serigala telap siap ngan kekuda-kudanya...DEngan sedikit kekuatan sahaja, serigala itu dapat merobek wajah anak singa itu dengan cakarannya..

Anak singa itu tersembam dan mengaduh, seperti kambing mengaduh.Sementara itu, kambing2 yg menyaksikan peristiwa itu merasa cemas..Mama kambing hairan, knp singa yg kuat itu kalah ngan serigala..Bukankah Singa Raja Hutan?
Tanpa rasa belas kasihan sikit pun, serigala itu terus menyerang anak singa tersebut...Sehingga hampir nyawa-nyawa ikan anak singa itu..Saat genting itu,Mama kambing yg tidak sampai hati melihat keadaan anak singa itu, terus menerajang serigala tersebut dengan sekuat hati sehingga terpelanting jauh serigala itu...
Dan tiba-tiba, muncul seekor singa dewasa dengan auman yg dasyat!...Semua kambing ketakutan dan merapat..anak singa pun turut merapat sama..Sementara itu, serigala lari lintang pukang...Saat singa dewasa menerkam ke sekawan kambing itu, ia terkejut!terkejut kerana di tengah-tengah sekawan kambing itu, terdapat seekor anak singa!
Beberapa ekor anak kambing lari, yg lain pun lari...dengan anak singa tersebut pun lari....Singa itu tertegun...Ia hairan knp anak singa itu ikut lari mengikut kambing? Ia mengejar anak singa itu, dan berkata" Hai kamu jangan lari!Kamu anak singa, bukan kambing!Aku tak kan memakan kamu..."
Namun anak singa itu terus berlari dan berlari, singa dewasa itu terus kejar ia ..ia tidak jadi mengejar sekawan kambing itu...Tetapi mengejar anak singa itu..Akhirnya anak singa itu tertangkap, Anak singa itu ketakutan..
"Jangan bunuh aku, "...."Kau anak singa, bukan anak kambing..Aku tidak bunuh anak singa!"
Dengan meronta-ronta anak singa itu berteriak" Tidak aku anak kambing! Tolong lpskan aku!.."suaranya bukan auman , tp bek..bek..seperti kambing...
Sang singa dewasa hairan...Bagaimana mungkin anak singa bersuara kambing, dan bermentalkan kambing...Denngan geram, ia menyeret anak singa itu ke sungai..ia harus menunjukkan siapa sebenarnya anak singa itu...Samapai anak sungai yg jernih airnya, ia meminta anak singa melihat bayang2nya sendiri dan bandingkan dengan singa dewasa...
Setelah melihat bayang2nya , anak singa terkejut..."Ohhh..rupa dan bentuk ku sama dengan kamu..sama ngan kamu...singa..si raja Hutan!"
"Ya ..kerana kamu anak singa, bukan anak kambing!"
" Ya, aku seekor singa si Raja Hutan...bukan kambing"
" Ya..kamu adalah singa..Seluruh isi hutan takut dgn kamu..Mari aku ajarkan bagaimana hendak menjadi raja hutan..."
singa dewasa lalu menangkat kepalanya dgn penuh wibawa, dan mengaum dengan kuatnya...Anak singa itu lalu meniru dan mengaum dengan kuat ..mengentarkan seisi hutan..kebetulan serigala ganas itu terdengar dan berlari dengan kelam kabutnya..

Anak singa dengan kuatnya berteriak" Akulah adalah seekor singa! Raja Hutan yg gagah perkasa..."
Singa dewasa tersenyum bangga mendengarnya...
Habisla ceritanya:

Moralnya: Mama terfikir...rupanya mama selama ini hebat dalamISLAM itu sendiri...ISLAM dah hebat..mama yg Malas untuk memperbaiki diri sendiri, malas berfikir malas segalanya..
"YA-ALLAH JANGANLAN NKAU JAUH AKU DR NIKMATMU DAN PANDANGAN MU...AKU MERINDUI MU.."
hasyuni mat isa
Renungan bersama: Ari tu ada tulis hadis ni tapi tak penuh..

Renungan bersama:
" Lihatlah orang yang dibawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan ( melihat ke bawah lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu )" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
hasyuni mat isa
Ari ni cuti lg..kanak-kanak ribena 3 orang terperuk di rumah pasal ayahnya keja ari ni...Balik je dari sekolah si ayah janji main layang-layang di Taman Rama-rama Bkt Tinggi..Agaknya tak rezeki kanak-kanak ribena pasal pak cik yg jual layang-layang tak buka gerai..kesian kat abang fatih...mama esok kita datang lagi ye, tengok ada tak org jual layang-layang..ok..
Dalam perjalanan tetiba suami bersuara..sayang tau tak ada seorang profesor namanya prof Muhammad Yunus dari Bangladesh penerima anugerah nobel keamanan...bagusnya pemikiran dia..dai buat kajian tentang kehidupan orang miskin, antara kata-katanya ialah "I made a list of people who borrowed money, and there's a lot who had to surrender themselves to the will of the money lenders. I looked at the list , and total amount borrowed was 27 dollars . So the solution is only 27 dollars'
sambung prof muhammad Yunus lagi " My idea was thath they should create a bank for people in the village?"said pros Muhammad Yunus." The problem could be solved easily. But when I went to the bank, I found that it was imposibble to lend the money to the poor. 'The principal of the bank is that we don't take any collateral, we don't take any legal instrument.It basically a banking system based on trust and it works. The fact that this worked surprised everyone . But we found it quite reasonable to do it way"...
pikiq-pikiq mana letaknya aku dalam perjuangan Islam..