hasyuni mat isa
Assalamualaikum..

Ini kek mama buat untuk tempahan anak murid mama, kek ni terbina daripada kek coklat dan dia pun hiasan ialah icing je...kemudian mama letak blueberry kat atas...

Bercerita tentang kek ni, mama bukanlah orang yg pakar tentang kek...tapi mama suka masak...apa yg menyebabkan mama termasuk dalam kemahiran ini, yg pertama ttg cup cake yg comel2 di pasaran..mama selalu fikir alangkah untungnya kalo mama dapat buat perkara tu...kkdg rasanya tak la susah sangat pun..cuma perlu tekun n sabar sahaja..tapi masalahnya mama ni bukan kategori org yg sabar..hu..hu...semuanya mama nak cepat..kalau tak mama akan pening kepala, dan merasa tension kalau apa yg mama buat tu tak siap2...kan tu jenis orang yang tak sabar...

Apa yg mama cerita ni, kkdg masa mama buat eksperimen kek ni, kkdg mama ambik juga jalan sortcut..he..he..apa yg terjadi kek tu...mmg tak jadi bgs, ada je.....yg menyebabkan kek tu tak jadi...
Senangkan anologinya: Semua perkara pun mesti ada displinnya sendiri atau kata yang mudah ada syarat2nya yg patut kita patuhi untuk menghasilkan output yg bags, macam kek, tepungnya mesti diayak supaya dapat memerangkap udara dan menghasilkan tekstur yg halus....knp perlu udara pasal untuk naukkan kek tu, kalau tak macam bengkang la kek tu..
Macam tu juga hidup kitakan.....mesti la ada peraturannya..supaya kita menjadi manusia yg mencapai kecemerlangan Dunia dan Akhirat..semua peraturan hidup kita adalah Islam..pasai ISlam IS THE WAY OF LIFE..kalau kita ambik shortcut...tu yg jadi macam2 tu..

Lgi satu, ,masa mama nak buat icing, icing sugar tu sebenarnya dah halus dah..tapi masih lagi perlu ditapis supaya hasil lagi hasilnya agar nanti icing tu cantik dan halus la...macam tu kita..rasanya dah amalkan gaya hidup Islam, tapi sebenarnya kita juga mesti buat lagi dan mempertingkatkan lagi amalan kita..terasa mama ni....tong..tong..dah terkena batang hidung mama ni...kita sama2 ingatkan ye...amalan sunat kita check la balik no...mama yuni....

p/s : Hidup mmg indah...tapi kita mesti indahkannya dan gumbira apa yg kita buat...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


Bila dua hati dah bertemu,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Semoga ...

Assalamualaikum....

Catatan ini, dicatat sekadar ingatan tentang 2 majlis perkahwinan sepupu mama di kg masa cuti sekolah ari tu..

Perkahwinan sepupu mama kak Long...
Sebenarnya kenduri sepupu ini , amat meriah ...teringat mama zaman mama dah suami kahwin...rasanya meriah sangat...sebenarnya mama bukan berkahwin ngan orang Sarawak, tapi orang dari SESMA..mana taknya segala persiapan dari masa mama bertunang hinggakan masa kahwin semuanya diuruskan oleh mak angkat suami ..mak soadah "menjadi mak mertua mama"....semua cikgu2 SESMA yg buat...bertunang cikgu SESMA yg datang, kahwin..Cikgu SESMA datang 1 bas...segala hantaran n baju kahwin mama di sebelah pihak lelaki cikgu2 SESMA yg sediakan untuk pihak suami......mmg kahwin ngan org SESMA la....masa dulu simple je...tapi yg tertariknya di sini ialah mengenai hantaran yg ditetapkan oleh kita...sebelum tu kan...Wanita dinikahi dengan 4 perkara pertama kecantikannya, keturunannya, agamanya..tapi yg penting adalah agamanya....

Tapikan , anak2 sekarang agaknya menganggap bahawa perkahwinan adalah perkara yg tak penting, knp mama bercakap sedemikian...mereka boleh bersedudukan tanpa menghiraukan halal atau haram...yg amat menyedihkan bahawa pergaulan bebas telah meruntuhkan institusi kekeluargaan..sebab itu , berlakunya penzinaan akibat dr pergaulan bebas, kemudian hubungan laki dan perempuan tidak ada batasnya...pukul sama rata sahaja..maksud mama disini, suka2 hati mereka je nak berpegang tangan, tepuk tampar dan sebagainya..walaupun berkali2 ditegur tapi suka lagi melakukannya...sedihnya...andai kata kita saja yg menjaga anak2 kita dari terlibat ngan akhlak ini, tapi yakinka kita bila anak2 berada diluar bebas dari hal ini???

Mama yakin sahabat2 mama telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin..pernah dalam kelas mama tegur tentang bila bersentuh laki n pompuan , akan terhasil elektrik yg menyebabkab perkara yg tak elok..tapi masih tak faham..ada juga bila dibincang bab munakahat ini, ada menyatakan untuk menunggu malam pertama terlalu lambat lg...jadi tk salah test dulu, ada pula yg pernah menyatakan bahawa pompuan sekarang cikgu....adalah pakai buang....ada pula bertanya pada kita: cikgu macamana nak gugurkan anak???..inilah adalah pernyataan atau soalan maut ..kkdg yg menyebabkan kita sebagai cikgu dan org tua merasa terkejut n merasa hairan..seperti pakai buang>.......kkdg menyebabkan kita tertunduk betapa rendahnya kualiti kita sebagai perempuan sekiranya kita ini dianggap "pakai buang"..sedihkan.....

Apa yg mama nak kongsi, ada statistik tentang "kondom"= menyatakan bahawa penjualan kondom menurun apabila pelajar IPT bercuti, dan penjualan kondom meningkat apabila pelajar masuk atau semester baru dibuka....Ini amat memeranjatkan..nampak gayanya..."PENZINAAN" telah menjadi satu budaya hidup yg amat teruk, dan ini akan menyebabkan penyakit yg amat kronik...PENZINAAN ini adalah amalan zaman jahiliah....maknanya disini, kita dah berundur terbelakang semula...sebelum kedatangannya Islam masyarakat berada dalam zaman jahiliah..tapi sekarang apa yg zaman jahiliah buat dulu, semakin ,menjadi budaya hidup anak2 sekarang..Takutnya....
Dari maklumat seorag sahabat mama menyatakan: Jabatan Pendaftaran melaporkan bahawa setiap 45 minit akan ada anak luar nikah dilahirkan.........bayangkan dalam sehari lebih kurang 24 org cuba bayangkan sebulan 24 x 30 = 720 orang..jadi kita buat kesimpulan disini sebanyak lebih kurang 720 pasangan BERZINA dan 1440 orang yg terlibat..ini hanyalah perangkaan kasar mama buat untuk sebulan ..kalau setahun....darabla kita ngan 12 .....amat GERUN untuk menyatakan bilangannya...maka mama tak hairanlah kalau setiap hari dipaparkan dengan pembuangan bayi tanpa rasa belas kasihan.....

Rupa2nya , kita dah diserang dengan penyakit kronik yg telah timbul dari gologan pelapis kita..terkadang mama terfikir knp ini berlaku? Salah siapa ye?....
mama rasakan tajuk mama tak kena kan ngan apa yg mama tulis..agaknya kalau cikgu BM check mesti dah out ni..he..he..he...tunggu cerita kedua la..nanti mama upload gambar yg best2...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang...

Assalamualaikum...

Blog yang dah lama tak diupdatekan....bukan apa mama sibuk, iyeka mama..ka mama buat2 sibuk...he..he..he...nak menulis tapi tak da isu apa yg nak dituliskan....mungkin sibuk ngan sekolah ataupun tak da ilham nak tulis..puas juga memikirnya...

Apa ye yang berlaku minggu sebelum ni...mama cuma tertarik bila kapal Marvi Marmara yang telah diserang oleh Israel....Apa yg bestnya kat sini cerita aktivis Malaysia yg mengikuti kapal tersebut dalam misi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan..tapi bagi mama , aktivis Malaysi tu bukan saja buat Misi Kemanusian tetapi misi untuk mati syahid...hebatkan....Antara artikel yg telah ditulis dalam surat khabar mengenai perasaan isteri, kebanyakkan menyatakan bahawa suaminya telah membuat wasiat sebelum ke sana , dan suaminya telah menyatakan bahawa pemergiannya kali ini adalah yg berisiko....Subhanallah..hebatnya...Dalam berita pun, kalo kita perhatikan gambar yg ditayangkan kita boleh tengok aktivis2 yg pergi masih dalam senyuman walaupun berada dalam tahanan israel...kalo mama macamana ye..he..he..tak berani nak cakap..apa yg mama nak kongsinya ialah Semangat JIhad yang Tinggi untuk berjuang Demi Islam...Kalo mati, mestilah SYAHID yg dicarinya...jelesnya bila membaca semua kronologi penyerangan Israel terhadap kapal tu,mereka yg pergi ada peluang untuk mati syahid....
Tetapi apa yg penting sekarang adalah KITA yg perlu main peranan masing2 untuk membalas apa saja serangan dari Israel ....mungkin aktivis yg pergi tu kita nampak zahirnya..ataupun perjuangan yg betul2 berjuang tapi KITA kat sini apa pula PERJUANGAN kita ?? Kalo baca entri mama sebelum ni, ingat tak tazkirah seorang ustaz tu??macamana dia nyatakan serangan secara halus yg dibuat oleh musuh2 Islam untuk menghancurkan Islam...itu sebenarnya Peperangan yg amat bahaya, ini akan menghancurkan Islam secara halus..Lama kelamaan , dunia ini kembali ke zaman Jahiliah...knp mama cakap demikian, peperangan secara halus ini, sebenarnya telah berjaya..contoh yg terdekat ialah pembuangan bayi yg berluasa, dari mana asalnya bayi ni???mestilah dari hubungan penzinaan..knp berlakunya PENZINAAN??? sebabnya sekarang pergualan bebas...knp berlakunya pergaulan BEBAS??Sebabnya tak diberi didikan agama \...knp didikan AGAMA tak diberi????Sebab banyak lg perkara yg best, kalo kita ikut Islam ...kolotla kita.....Tapi pokok pangkalnya adalah kefahaman AGAMA perlu diberi..ini adalah benteng kita....mama yg ada anak ni....perlu jaga betul2..he..he..

p/s: Sorry la entri ni , entri untuk mama sebenarnya...apa2 hal pun kita semua mainkan peranan..walaupun kita bukan USTAZAH..tapi kita juga ada peranannya"SAmpaikanlah walaupun satu ayat".......
hasyuni mat isa
Assalamualaikum...satu cerita yang menarik dan patut buat kita berfikir....

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? (sumber asal : Shikin Zakaria)

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.

Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?” “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi…

Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Allah Maha Mengetahui.....What u give, u get back...
hasyuni mat isa


hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum w.r.t.....

"Guru..oh..guru....jasamu kenang..." atau lagi best lagi lagu yang selalu mama n kekawan di sekolah menyanyi adalah.."Kami Guru Malaysia...Berikrar dan Berjanji".....


He...he..he...Pertama mama nak wish selamat Hari Guru kepada semua guru...KKdg kita diraikan dalam satu Perayaan...semua kita raikan...Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya...Tapi dalam Islam mmg wajarkan kita raikan Hari2 tertentu..dengan mengambil pengajaran terhadap sesautu peristiwa agar kita ambil iktibar dan berdoa untuk rasa cintaNya dan rasa kehambaan kita pada Pencipta kita....

Cerita 1;
Cerita sambutan Hari Guru di SMKSI.....first time mama n the gang main futsall....macam best la juga...tetapi diharap mengukuhkan ukhuwah antara kita...rasa macam zaman kanak2 dulu...lupa sekejap apa yg ada di kepala....
KKdg bila mama dan sahabat bercakap ttg hal GURU n Anak murid ni...banyak pekara yg timbul...terutama anak2 di Sri Istana...Adakah anak2 ni tahu kewujudan kami???Lawak la juga persoalan yg dilontarkan....he..he..he..adakah Kami ( Cikgu2 ) ni dihormat n dihargai selayaknya seorang guru..mama teringat ka2 hukamak: Ilmu itu didatangi ...zaman sekarang n agaknya sistem kat sini terbalik sikit...cikgu yg pergi bilik darjah untuk menyampaikan ilmu..kalo dulu ilmu itu dicari, anak2 murid begitu hormat ngan guru...tapi sekarang lainla..tetapi apa yg mama faham di luar negara, murid akan masuk ke kelas yg ada cikgu...bukan cikgu yg cari murid...mungkin displin ilmu ini tidak dipatuhi maka jadilah macam sekarang...he..he..he..maaf ye menbebel la pula....
Tapi yg pasti mama rasakan Hari Isnin tu kita enjoy untuk diri kita...betul tak...dah la kita dihormati dengan mengadakan gotong-royong..org lain dihargai dgn kenaikan gaji dan elaun...cuma dikaji adalah mengurangkan kerja penkeranian guru...itu je...Agaknya sapa "GURU" dimata masyarakat sekarang amnya...dan di mata anak murid khususnya....hanya pekerja yg disuruh melakukan apa saja...malah dipastikan mengeluarkan produk yg betul2 bagus untuk menyabung kesenambungan generasi untuk negara.....tetapi kkdg kebajikan kita tidak sapa yg peduli....Alahai nasib la badan..he..he..he..

Apa yg pasti lagi....sebagai guru ni..pada mama la, kalo kita nak jadi kaya..jgn jadi guru, kalo kita nak rehat byk, jgn jadi cikgu...hidup sebagai guru yg ada hanyalah kepuasan mendidik anak murid menjadi manusia.....tapi apa yg penting...Sebagai guru , kita amat teristimewa...bukan apa....kalo nak suruh guru jadi apa saja, semua guru boleh buat....sebut sahaja..."tukang simen, buat kolam, tanam pokok bunga, tukang jahit, tukang cat......tukang buat parking lot, doktor ka....pendek kata mmg GURU ni satu pekerjaan yg HEBAT...sebab tu, kita sebagai mampu menghasilkan produk manusia pelbagai bidang...kkdg bila rasa diri dah tak da perasaan untuk buat apa saja bebanan tugas , mama buat tak tahu je la........

Apa2 hal pun kita mesti ENJOY apa yg kita buatkan...
SELAMAT HARI GURU UNTUK KKWN SEPEGURUAN DAN BEKAS GURUKU DI SKUA, SMKAP, SMKAA DAN USM...JASAMU DIKENANG.....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wrt...

Mama rasa dah lama mama tak menulis dengan rasa hati....mama nak menulis , mula2 ada idea tapi...disebabkan keadaan idea itu hilang..he..he..he..Allah tak turunkan ilham...

Cuma nak berkongsi aktiviti di smk sri istana..

Cerita 1; minggu lepas , minggu ko-akedemik...macam2 ada...rasanya ni paling berjaya..tapi paling mama kagum...antara aktiviti yg menarik adalah..aktiviti pertandingan gunung berapi, anak2 sri istana tak perlu disuruh diam, dia diam ngan sendirinya...semuanya macam rasa takjub n hairan kot...macamana boleh buat gunung berapi..kemudian dengan pamerannya...thanks for team work Panitia Math..yg banyak tolong terutama k.irtiza , k.fiza n noorhafiza atas game math magic, thanks for Mdm Foong atas pameran walaupun mama berpaling tadah...he..he..he..mama kena urus pameran fizik...thanks for MAs yg urus hadiah n my friend Noraini yg urus bahan untuk melancarkan urusan...sebenarnya Team Work yg penting dalam erti kata mudah..konsep amal jemaah...yg penting...kalo tak da Team work tak la jadi bahan untu Matematik...n panitia Math kitakan..Untuk sahabat2 mama dalam Panitia Matematik jangan putus asa mendidik, walaupun kita dapat produk yg macamana pun..tak pa kita cuba yg terbaik ye..,.hati kita mendidik hanya Allah saja yg membalasnya...




Cerita 2: Pertandingan Roket Air....mama pernah merasa tension ngan pertandingan ni...knp ye???sebabnya yg pertama mama tak tahu macamana nak buat roket tu, yg ke-2 mama tak tahu nak buat pelancar tu..mmg masa mengajaq kat Kolej dulu ada la cikgu2 sibuk buat roket ni....tapi mama tak sempat nak ambil tahu pasal mama sibuk dengan matematik....bila ket sri istana, yg nak dikatakan rezeki..huh..huh..mama terpaksa handle roket..maka mama carilah dalam internet macamana nak buat roket n pelancarnya..tapi yg mama sedihnya mama masih tak faham macamana...sedihkan..sedangkan masa dah suntuk....akhirnya mama belajar buat pelancar ngan pelajar sri istana n belajar buat roket ngan pelajar juga....he..he..he..tak pa kan..walaupun kita cikgu..kalo anak murid kita lebih arif kita boleh belajar dengan dia...bab kata Ustaz Zahazan dalam kuliahnya setiap pagi: Sifat ilmu ni untuk guru2..1.Kita tak tahu n kita tak tahu...ada satu kisah tu ...dalam 40 soalan yg ditanya hanya 6 soalan sahaja boleh dijawab oleh seorang guru..kalo kita tak tahu cakap tak tahu.....kita boleh tanya org yg arif...
Apa perasaan mama bila kena buat pekara yg kita tak da ilmu..rasa macam nak menangis...wa..wa...tapi bila Allah permudahkan lorong kita...kita jumpa ngan tok guru nak kita belajar mama rasa lapangnya dada....tapi apa yg penting kita mesti ada ilmu n cara macamana nak buat...



Cerita 3: Hal anak2 sri istana juga..mama bawa anak2 ni untuk perbentangan kertas kerja TrEEs...tentang alam sekitar la....yg kesiannya anak2 ni ditanya bertalu2 dr sekolah lain...tapi bagi mama tak pa biarla ni jadi satu pengalaman bg mereka..apalagi bila group sekolah lain bentang mama pun mitak diaorg tanyala soalan....bagusnya anak2 ni....rupa2nya betul la dalam gelapnya malam masih ada bersinarnya bintang di langit...dan betulla semakin gelapnya malam, semakin bersinar bintang tersebut...begitula mama fikir..dulu mama rasa susah hati, apa kepuasan mama dapat cari di sri istana ni...kita mesti cari lubangnya..Puasnya kita..kita dapat tolong anak2 ni lulus exam..puasnya kita , kita tolong bina keyakinan mereka ....bak kata k.ir...dalam lawatnnya ke sek Dengkil...pengetuanya pesan:Cikgu2 jgn jemu tegur anak2 ni, lama2 diaorg akan jadi biasa....

Cerita 4 : Banyaknya cerita mama..semua ttg hal sekolah mama....he..he..he..biasala jiwa pendidik...tapi makin lama kita disitu..makin jelas matlamat kita, makin kita suka dengan sekolah tu...kita doakan makin semangat kita nak ubah sikap anak2 kita...
apatah lagi kita yg sama2 menceriakan sekolah..kita yg sama2 menjaga sekolah...Ya Allah bg kami warga pendidik di SMK Sri Istan satu kekuatan yg LUAR BIASA untuk mendidik anal2 didik kami supaya Manjadi Manusia......dan berjuang dalam agamamu..Ameen.....