hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ASsalamualikum..
Cerita kanak-kanak yang ada kat umah ni, 3 bersaudara, kekadang ayat yang terkeluar kita tak jangka..betul la cakap kaunselor: Dalam diri manusia ni terdapat 3 fiil, pertama orang dewasa, kedua kanak-kanak dan ke-3 adalah remaja...

Cerita 1: Abang Fatih dan ayah dalam kereta, tetiba ayahnya dengar bunyi dari abang Fatih, lalu ayah pun tanyala: "Bang, bunyi apa tu?"..Abang Fatih pun jawab:"Bunyi hidung abang la, "
"Knp hidung abang bunyi? "tanya ayah lagi..."Dalam hidung abang ada burungla...".

Cerita 2 : Dalam kereta nak balik rumah...tetiba hujan lebat..Ayahnya pun cakap la..."Ish, ayah tak nampakla"..Tetiba ada suara kecik jawab:"Tu la ayah, speck mata ayah dah rosak la tu, ayah beli baru la speck mata ayah tu"....Bagusnya jawapan kakak zulaikha....

Cerita 3: Ni ayat-ayat dari adik Khadijah, walaupun baru nak bercakap...antara ayat kegemaran adik ialah pantang nampak kakak atau abangnya tak pakai baju, tahu tak khadijah akan cakap ap?..he..he..khadijah akan cakap:"eeee..malu...".......pandang nampak orang pakai seksi je, atau terdedah dia akan cakap macamtu...bayangkan ari tu kat bandar, dia ternampak orang pakai tak senonoh dia akan terkeluar cakap"eeee...malu.."

Banyak lagi ayat2 yang terkeluar dari kanak-kanak ni, bila mama dan ayah fikir balik anak-anak ni kkdg ayatnya mungkin sebagai satu pengajaran buat mama dan ayah...kkdg mama dan ayah bukan orang yang bagus...kkdg silap percaturan juga, tersedar juga ngan kata-kata anak-anak yang secara langsung membuat kami berfikir balik...bermuhasabah balik cara hidup kami..Ramai yang mengatakan bahawa anak2 adalah cermin drpd ibu bapa..banyak betulnya...

p/s:Kekadang terfikir .....anakku...anakku 3 orang sahaja..mesti buat yang terbaik...
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment