hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt..

Kekadang tidak ada apa yang dapat dikongsi, tetapi hati rindu untuk menulis...berfikir2 dan termenung sejenak apa ye idea yang hendak ditulis.....

Cerita tentang diri yang tak habis-habis ceritanya, tentang anak2 yang makin membesar dan keadaan diri yang habis dalm zon selesa....

Zon selesa: kenapa ye?..semua orang berasa selamat bila berada dalam zon selesa...antara faktornya ialah kita tak perlu menyusahkan diri, sebab kita telah train diri, masa ngan keluarga kita dalam zon selasa...mungkin kita rasa dah selamat...selalunya kita berdoa agar jangan ditarik nikmat zon selesa tu....

Rupa2 nya, dalam kita memperkemaskan kehidupan kita, kekadang kita terlupa...contohnya masa kita ngan anak2..dulu: setiap pagi mama hantar anak2 mama ke rumah pengasuh, mama dah mintak tolong adik tu hantar dan ambik anak2 mama dari tadika...jadi masa pergi kerja mama ngan ayah dah tak diganggu ngan anak2 mama..rasa senangkan ....tetapi tahun ni, disebabkan mama ngan ayah fikir nak bagi yang terbaik untuk anak2 mama, kami pindahkan Fatih ngan kakak sekolah yang Islamic medium yang enviromentnya dalam English..tetapi ada harga yang mama ngan ayah perlu bayar..iaitu mama ngan ayah kena keluar dari zon selesa itu....iaitu ambik ngan hantar anak kami uruskan, kemudian apa hikmah yang mama perasan ialah..masa anak2 lebih banyak dengan kami...ada sesuatu perasaan dalam hati ini...dulu bayangkan mama rasa mama bayar orang untuk jaga anak..iaitu dari pukul 7 pagi hingga pukul 7 petang....sebab nak rehat la kekononnya...terdetik balik sekarang di hati..rupanya sekarang kami lebih bermakna, maksudnya didikan itu lebih pada kami sebagai ibubapa..dan anak2 nampaknya lebih terurus la..dari segi akhlak anak2...

Bagi mama, kami dah bermula satu kehidupan baru semula ngan anak2..apatah lagi tahun depan abang fatih sudah darjah satu..ini dah mula satu era baru dalam kehidupan kami sekeluarga...kalau sekarang pukul 6.25 pagi kami dah keluar rumah..rasanya nanti pukul 6 pagi pula nampak gayanya...supaya semua orang terselamat dari kes datang lewat...

p/s: mama baru ada 3 oarng anak..kekadang mama terfikir..hebatnya orang yg ada 10 orang anak....
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment