hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt..

Kekadang tidak ada apa yang dapat dikongsi, tetapi hati rindu untuk menulis...berfikir2 dan termenung sejenak apa ye idea yang hendak ditulis.....

Cerita tentang diri yang tak habis-habis ceritanya, tentang anak2 yang makin membesar dan keadaan diri yang habis dalm zon selesa....

Zon selesa: kenapa ye?..semua orang berasa selamat bila berada dalam zon selesa...antara faktornya ialah kita tak perlu menyusahkan diri, sebab kita telah train diri, masa ngan keluarga kita dalam zon selasa...mungkin kita rasa dah selamat...selalunya kita berdoa agar jangan ditarik nikmat zon selesa tu....

Rupa2 nya, dalam kita memperkemaskan kehidupan kita, kekadang kita terlupa...contohnya masa kita ngan anak2..dulu: setiap pagi mama hantar anak2 mama ke rumah pengasuh, mama dah mintak tolong adik tu hantar dan ambik anak2 mama dari tadika...jadi masa pergi kerja mama ngan ayah dah tak diganggu ngan anak2 mama..rasa senangkan ....tetapi tahun ni, disebabkan mama ngan ayah fikir nak bagi yang terbaik untuk anak2 mama, kami pindahkan Fatih ngan kakak sekolah yang Islamic medium yang enviromentnya dalam English..tetapi ada harga yang mama ngan ayah perlu bayar..iaitu mama ngan ayah kena keluar dari zon selesa itu....iaitu ambik ngan hantar anak kami uruskan, kemudian apa hikmah yang mama perasan ialah..masa anak2 lebih banyak dengan kami...ada sesuatu perasaan dalam hati ini...dulu bayangkan mama rasa mama bayar orang untuk jaga anak..iaitu dari pukul 7 pagi hingga pukul 7 petang....sebab nak rehat la kekononnya...terdetik balik sekarang di hati..rupanya sekarang kami lebih bermakna, maksudnya didikan itu lebih pada kami sebagai ibubapa..dan anak2 nampaknya lebih terurus la..dari segi akhlak anak2...

Bagi mama, kami dah bermula satu kehidupan baru semula ngan anak2..apatah lagi tahun depan abang fatih sudah darjah satu..ini dah mula satu era baru dalam kehidupan kami sekeluarga...kalau sekarang pukul 6.25 pagi kami dah keluar rumah..rasanya nanti pukul 6 pagi pula nampak gayanya...supaya semua orang terselamat dari kes datang lewat...

p/s: mama baru ada 3 oarng anak..kekadang mama terfikir..hebatnya orang yg ada 10 orang anak....
hasyuni mat isa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wrt..

Sekarang mama dah start mengajar..mula la satu perjuangan baru untuk tahun baru ni..dapat jadual baru , dapat satu suasana hidup baru untuk tahun 2011 ni...macam2 berlaku sepanjang 2 minggu ni..

Cerita 1: Dulukan, setahun yang lepaskan mama ada cerita macamana mama kena ajar fizik .....bagaimana keadaannya...semasa membuat perancangan jadual waktu ari tu memang mama kena teruskan ajar fizik...mama dah susah hati....cabaran yang amat besar tu...jadi mama pun ada la siap2 buat persediaan , antaranya termasuk minta nota fizik dari cikgu tuisyen mama dulu....nak dikatan rezeki mama....semasa mesyuarat ari tu, mama diberi pilihan sama ada ajaq fizik atau ajar matematik semua ...apalagi...kita pun mengambil la peluang dan luang itu....bukan nak mengelak tetapi nak bagi yang terbaik untuk anak murid, cikgu yang mengajar mereka sekarang lebih berpengalaman dari mama..kira ok la tu...harap2 mereka semua serasi ngan mereka...

Cerita 2 : kenapa tetiba mama memilih untuk bila Orkid mula berbunga....mama ni bukan minah bunga, tetapi bila ada la sikit2 minat nak menanam mama terbeli pokok orkid ...geram juga bila lihat bunga2 orkid ni...best la...rupa2nya sifat orkid ni, satu perkara yang pelik.....penuh kesabaran kiranya..kalau kita perhatikan ,untuk sepokok orkid ni berbunga mengambil masa terlalu lama, sebelum bunga itu mengembang kalau tak silap mama ia hampair sebulan, kemudian bunganya pun berbaloi, kecantikannya pun kekal sebulan..puas juga la kita tengok bunganya..agaknya begitu la kot hukum alam.....kalau permulaan itu terik, perit dan susah...tetapi hasilnya begitu memuaskan kita....

Cerita 3: Cerita tentang cita2 anak mama yang sulong...kata2 yang selalu diwar2kan dalam rumah adalah" mama, mama...abang nak jadi anak soleh"....kata2 yang memberangsangkan motivasi kami...kekadang abang fatih terlupa...ada je hal yang dia buat..ayah atau mama akan cakap" macamni ka nak jjadi anak soleh..."..tanpa disangka...abang Fatih menyahut" aaa..mama..abang nak jadi anak soleh la,....abang terlupa tadi.."...mama ngan ayah hanya tersenyum je...idea yang bagus la...untuk kakak ngan adik ni..rupa2nya bila kita puji abang mereka..mereka pun nak juga pujian..."mama, mama...kakak pun anak soleh juga kan.."..." adik pun sama mama"....

p/s: mama selalu berdoa" Ya Allah tolong;ah kami untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak2 kami"..Ameen....

Berfikir : "antara harta yang banyak , tetapi anak2 lintang pukang....dengan harta yg seadanya , dengan anak2 penyejuk mata....yang mana menyenangkan hati kita....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....

Assalamualaikum wrt...

Dalam tv kan kita ada cerita tentang "Halimah Jonggang"....siap dengan lagu nya sekalikan...
Cerita tentang kakak zulaikha....ni..ada satu perangai yang menjadi tabiatnya...dulu ingat bila budak hisap jari ramai yang menyatakan bahawa budak itu baik....mama rasa ok la ...macam boleh terima...tak pa la biarkan je la dia hisap jarinya..
Tetapi bila dah naik umur hampir 5 tahun ....bila kita lihat dia hisap jari, mama rasa macam tak sesuai, hisap jari sampai jari itu la jadi kecut...bila kakak zulaikha mula hisap jari, kita panggil atau cakap pun dia dah tak dengar. Betapa sedapnya atau lekanya dia hisap jari...Nak dijadikan cerita, bila tertengok cerita Halimah Jonggang tu..mama terfikir nak bagitau kat kakak , orang yang hisap jari tu, nanati akan tertolak giginya ke depan dan nanti giginya jonggang macam dalam cerita tu...jadi bolehla mama nyanyi kakak gigi jonggang...kakak nak jadi macam tu ka?...bila ditanya kakak tak mau..sebelum macam2 cara mama buat supaya kakak tak hisap jari...tak jalan semua cara tu....Alhamdulillah kali ni jalan la...
Agaknya kakak nampak kesan bila dia hisap jari tu...giginya kedepan ,kata abang fatih...tak cantik langsung sambung kakak pula.tahu pun....

p/s: anak2 ni banyak kerenehnya..kekadang rasanya suara mereka menagis tu irama yang sedap untuk telinga....layan je la...
hasyuni mat isa
Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalamualaikum..

Cerita ini tentang seorang yang amat mama kagumi dan amat mama hormati...mungkin bagi orang lain, dia tidak terkenal..tidak ada sumbangannya pada masyarakat dan tidak ada apa2 nilainya..tetapi bagi mama, inilah antara 2 manusia yang amat mama sayangi...mama sentiasa berdoa agar mama dapat berbakti dan menjaga mereka semasa mereka memerlukan mama...

Mama bercerita tentang ayah mama....bagi mama ayahla pembakar semangat mama selama ni..bayangkan mama belajar rajin2 pun dulu..bukan mama fikir untuk masa depan mama , tepai apa yang mama pentingkan agar mama tidak kan kena marah ngan ayah..kalau dapat teruk mesti kena marah..takut betul mama bila kena marah...
Ada tika tu, mama ingat lagi...kamikan susah dulu...nak bertukar kasut pun payah...kasut mama dah tersenyum di depan..berjalan je nampak stoking kat depan..tetapi yang mengharukan mama, mak dan ayah mama senyap2 kat bilik mereka..rupa2nya mereka menjahit kasut mama...bagi mama ni cerita yang mama simpan sampai bila2...baru2 ni kami suami isteri mendapat kata2 baru"suami atau isteri boleh dicari dan diganti, tetapi mak, ayah dan anak2 tak boleh diganti....".

Mama ka bercuti sebulan kat umah utan aji...walaupun mereka ni dah tua..tetapi tidak ada istilah rehat bagi ayah..bayangkan tak pernah duduk diam la...ada je keja yang mereka buat..hebat betul la mereka...kekadang bila berhenti rehat ka, tengok tv kejap ka....terasa malu betul la..orang tua boleh buat keja, kita ni yang muda dok rehat....istilah rehat mereka bila malam tidur dan bila mereka sakit saja....

p/s: hebatkan mak ayah kita...mama ni nak rehat je kejanya...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...untuk sahabat mama semua..

Rasanya dah lama tak bercerita anak-anak kecik kat umah ni.....Makin dah besar dah..abang fatih 6 tahun, kakak 5 tahun dan adik lak 3 tahun untuk tahun depan...Nak dikatakan kanak2 ni idea mereka sentiasa ada dan kreatif...sebenarnya bagi mama ni je harta yang mama ada dan sikit lak tu boleh kumpul...tapi kata suami: " tak pa biar 3 org tapi kualitinya seolah 30 orang "" ameen.....

Cerita 1 : Mama cuti kali ni kan mama n anak2 cuti sebulan kat kampung..rasa puas la...apa yang mama nak kongsi ni tentang hal anak2 mama terutamanya abang fatih..betul la kata pakar motivasi kalau kita bergaduh ngan suami jangan bergaduh depan anak-anak....apa yang kita buat tu...itu tontonan anak2 dan tak bagus untuk contoh pada anak kita...mama ni bukan bagus sangat, kepala anginnya kuat juga..he..he..he..satu malam tu, mama , fatih n tok fatih tengok tv..cerita dalam tv tu tentang umah tangga la..suami isteri bergaduh..tetiba fatih bersuara: tok..tok...ari tu kan mama ngan ayah bergaduh..." ..bila mama dengar ...alamak anak aku ni....apa la duk cerita kat tuknya pula..kantoi betul...mama pun cerita kat suami mama..kesimpulannya kata sini kalo kita bergaduh ka bertengkar ka jangan depan anak2...biasala dalam umah tangga ni, mama berkongsi cerita ni bukan mendedahkan aib umah tangga ...tetapi nak kita buat pengajaran bahawa anak2 kita memerhati apa yang kita buat..betul la dalam Islam menegaskan anak2 itu ibarat kain putih dan ibu bapa la yang mencorakkan anak2 itu, samada hitam atau tak...memang betul...kekadang kita tak yakin anak kita mampu...tetapi mama terfikir kalau tak ajar sekarang bila? lama2 dah makin hari makin membesar anak kita...cabaran betul tu..

CErita 2 : Ni cerita semasa kami tengah makan sama2..menu ari tu, masak tompoyak dan ikan kembung goreng..tetiba adik bersuara: "mama, mama , adik ikan paus...".mama ngan ayah senyum je..khadijah ni..apa je ikan dipanggilnya ikan paus..mama pun balas"besarnya ikan adik, adik nak makan ikan paus ka?....nantikan kalau cikgu kat sekolah tanya adik, adik makan apa? adik jawab ikan paus, terkejut cikgu adik....".

Cerita 3 : semasa mama kemas barang, mama terjumpa set mekap...kakak kan suka make-up....jadi mama pun hadiahkan pada kakak zulaikha...apalagi bila mama bagi je..terusnya dia make-up...khadijah pun tumpang sekaki..tetapi apa yang mama nak cerita di sini, kekadang perkara yang fitrah tu akan timbul sendiri...macam mama ni mana la make-up , cuma bedak anakku je mama pandai...tetapi perkara yang nak cantik dan berhias ni, walaupun kita tak ajar..tetapi memang dah fitrah si kakak ni memang suka berhias...suka pakai lipstik dan make-up...macam warna pink la..walaupun mama ni nampak macam gangster..mana ada ayu2..tetapi bila time anak2 mereka suka warna pink....

Kesimpulannya: Apa yang kita cakap, kelakuan kita, gaya kita , amalan hidup kita,,,,sebenarnya adalah contoh yang terdekat pada anak2 kita..kekadang kita terlupa..macam mama...nak anak jadi yang terbaik..so akhlak mama mesti ok...kalau mama perhati anak2 mama..kekadang dalam percakapan mereka , mereka menggunakan apa perkataan yang kita gunakan pada mereka..kekadang mereka gunakan semula bila bercakap semasa mereka..seolah2 lakonan semula yang kita lakukan pada mereka....anak2 membayangkan kita....

p/s: Tok wan bebudak ni selalu ingatkan: "Kak hang mesti pastikan anak2 hang habis baca Al-Quran....pulun dan ajaq macamana aku ajaq hampa..bila sekolah menengah tak habis lagi Al-Quran tu yg jadi cerita macam2.."..ni amanat ayah pada mama...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Bila air datang sekali,
Sawah menjadi laut,
Air tinggi arasnya dari pokok padi

Sapa kata,
Bot tidak boleh naik atas jalan raya...

Kuasa yang Maha Esa...
Membuktikan betapa Maha Hebatnya Pencipta kita...

Disebarkan pada air supaya membuat lawatan sosial di perlis dan Kedah..
Maka dengan taatnya air yang tidak tahu mana datangnya...

Datang sekelip mata...
Habis semua berjaya ditenggelamkan....

Maha Hebat pencipta kita..

He..he..he...best tak sajak mama..
Dah lama tak mencoret catatan dalam blog ni...
kekangan masa dan kekangan kemudahan menyebabkan mama tak sempat menulis..tetapi hati teringin sangat..

Sekarang sekolah masih lagi cuti..
dan mama baru je balik dari kampung..banyak cerita mama nak kongsi..
Kongsi cerita yang pertama adalah tentang banjir yang melanda di Perlis ..
Hasil dari sumber primer yg mama dapat dan mama nak berkongsi dengan sahabat mama ..

Cerita 1: Air banjir yang melanda dipercayai datang dari Siam (Thailand)...tetapi apa yang menarik banjir ni....air tersebut datang begitu sekejap...dengan sekelip mata sahaja air dah naik dan rata2 cakap mereka tak sempat nak buat apa2....betapa cepatnya sifat air ni...

Pergerakan air juga amat menarik..sesapa yg hafal peta perlis akan faham....pertama air ke arau kemudian ke kg bakau..kemudian ke Taman sentua...begitu cepat sekali...
Mak Cik mama yg keja misi atau ( nurse ) terpaksa pergi kerja dengan kato atau dengan lori askar..bayangkan jalan ke Kangar terus tertutup ..hanya kenderaan berat sahaja yang boleh lalu...
Kekadang nak pergi hospital pergi ngan bot di atas jalan raya...bayangkan...sesuatu yang mustahil telah berlaku bot digunakan di atas jalan raya seperti cerita sultan muhammad Al-Fatih bawa kapal dari hutan .....kemudian air banjir tersebut berombak seperti air laut dan arusnya juga deras....Satu fakta yang menarik dan ajaib la bg mama..
Dulu masa banjir mama selalu ada kat kampung..tetapi kali ni mama tak sempat nak balik....

Bersambung ye..mengantuk....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Assalamualaikum...

Menyepi bukan bererti sudah lupa, menyepi bukan bererti tidak ingat, tapi menyulam rindu di dada untuk meluahkan perkataan yang membara..adakah sekadar kilasan hati manusia yang daif atau kilasan hati yang jahat mengikut kata-kata bisikan yang sentiasa membinasakan hati ini...Ya Allah bagila mama kekuatan.....

Cerita 1: Mama menyepi terlalu lama, sepi, sunyi macam dah cerita sepi tu..mungkin itu salah analog kisah kehidupan kot...sedih memang sedih..bila sesautu persahabatan itu dicemari, mungkihkah ada kemaafan atau ntahla...kemaafan itu ada...dimana silapnya mama, mungkin mama terlalu angkuh ..ntahla ..hanya Allah sahaja yang menilai..Sekurangnya ini merupakan satu signal yang Allah bagi pada mama untuk muhasabah diri sendiri, antara kawan dan lawan..antara bidalan orang dulu cukup bagus..bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing".....bagi mama ini pengajaran yang cukup besar...dan buat mama tersedar dari mimpi yang panjang..Nasib baik ye, Allah bagi signal awal supaya kita hati-hati dengan hidup...betul la kataAllah: Apa yang penting redha Allah kita cari jangan pedulikan orang..dan segala2nya..Buat kerja kena ikhlas...
Sebenarnya sedih..sedih sangat..tapi tak mengapala la..bak kata kak ir dan k.as: tak pa kita diuji dulu sebelum dalam yg terbaik....rilex la...tq k.ir dan k.as.....

Cerita 2: Cerita sakit kereta,Atos mama..itula satu2 nya harta yg mama ada, dah sakit..ish..ish..analoginya mungkin macam tu kita....sampai tahap kita akan kong....harap2 nanti tak la menyusahkan anak2 mama nanti..biarla pergi dengan keadaan tak menyusahkan orang...Tapi sebenarnya mati itu pasti, tapi tak tahu bilakan..

p/s: ada anank murid mama meninggal dlm umur 17 tahun...