hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...

Tersenyum mama bila mama melihat blog mama...mudahan Allah memberi kekuatan untuk menulis..terus menulis menyatakan apa yang terfikir..mudahan isi buahnya menjadi santapan untuk kita bersama berfikir...selalunya mendapat idea semasa mama tengah memandu kerana macam2 kita dengar dalam radio dan macam2 perkara kita perhati dan rasa masa memandu...

Antara kata-kata yang mama suka ialah..."Kita tak dapat megubah tiupan angin, tetapi kita dapat menentukan arah layar kita kemana kita hendak tuju "...mama setuju dengan kata-kata tu....silap tujua arah layar..maka kita akan sesatla ..tetapi beruntungla orang yang mampu mengubah arah layar walaupun dah separuh jalan berlayar dan baru sedar kompas yg ditetapka salah..Lagi-lagi beruntungla kalau dari awal arah layar dah betul...semua itu kita tentukan...

Cerita 1 :

Bercakap tentang arah layar tu...mama teringat Dr Mohaya dalam radio..kita perlu menjadi manusia yang export...bukan manusia yang menimport...apa tu export???apa itu import????maksudnya kita mesti jadi manusia yg dapat export segala kemahiran kita untuk orang lain..jangan sokmo jadi manusia yg selalu je import tenaga org je untuk kepentingan diri kita....

Cerita 2 :
Bahan dari bacaan mama tentang dari luar ka dari dalam yang menghasilkan bahagianya kita..Dari luar maksudnya ialah harta kita yang menyebabkankebahagiaant kita..atau tenangnya hati dari dalam menyebabkan bahagianya kita..kalau manusia normal akan menyatakan bahawa ketenangan hati dari dalam akan menghasilkan kebahagian dari luar..mmmmm..memang ini betul...sebenarnya macam perahu yg ada layar td...kita set betul2 agar perlayaran kita mengikut garis yg betul agar kita dapat kebahagiaan dunia dan akhirat....

Cerita 3 :
Mama tak pasti ramai yang setuju ka tak...rasa mama seumur hidup mama, tak pernah la mama g tengok wayang..he..he..dulu ada rasa teringin la juga..tapi bila kawan mama cakap beli tiket tu macam kita beli tiket nak masuk neraka..jadi mama pun tak jadi la...nak cari mampus...tak betul apa kita beli tiket nak masuk neraka...he..he..he..bila dah jadi mama ni..keinginan itu menjelma semula jahat tak..bila dengar ada kekawan2 yang bawa anak2 mereka tengok wayang...dengan alasan kita buat sama2 ngan anak2..biar anak2 rasa...tetiba TERINGIN..nak dijadika cerita masa itu ada cerita Nur Kasih....tetapi mama rasa Allah nak selamatkan mama tentang hal itu..tetiba satu pagi mama tengok tanyalah Ustaz..Ustaz Zaharuddin yg bagi kulaih..dia cakap bayangkanlah itula perkara yg pertama kita buat, tetapi nak dijadikan cerita kita meninggal semasa buat perkara tersebut..sebagai contoh tengok wayang...pap..pap...alamak terkena batang hidung...Ya Allah...taubat dah mama terfikir macam tu..berbual dengan Kak Yani :" akak saya pernah terniat nak bawa anak2 tengok wayang....bukan apa terasa macam best je bila akak tu cerita...tetapi nasib baik la Ustaz Zaharuddin ada bagi kuliah ari tu, terkena batang hidung akak..he..he.."Apa kata Kak Yani:"Ala Yuni tak yah la..anak akak Hilham tanya knp kita tak leh gi tengok wayang?Kekawan Hilham pun banyak tengok?..akaka pun bagitau la Yunii..tentang rancangan Jahat Yahudi 5S-Seks, Sport, Screen, yang 2 lagi mama dah lupa.."....tak yah la Yuni....kita buat yang terbaik anak kta...."..iyela akak betul tu...he..he..he..malu betul mama...ada ka dalam banyak2 keja..teringin nak tengok wayang..Alhamdulillah...

p/s: banyak2 la membaca , apabila kita bersembang..pilih je yg baik..yg kurang tu jadikan sempadan...
hasyuni mat isa

Assalamualaikum..

Ketika hatiku menanggung pilu,
mulut ku amat berbisa berkata-kata..
Maafkan ku sahabat..
Ku terasa amat tertekan...
Pundak yang kutanggung ku terasa amat berat..

Ya Allah..
Ku terasa diriku amat kerdil..
Berasa kecilnya diriku..
Terasa amat ku kerdil sekali..
Amat kerdil..amat kerdil..

Ya Allah .
Ku Mohon..
Tuhan yg mencipta Langit dan Bumi..
Tuhan Mencipta Segala-galanya...
Tuhan yang mentadbir sekalian alam..

Betapa kerdilnya ku..
Ku tidak tahan..
Bantu lah aku..
Tolonglah aku..
Dalam mengatur hidup ku..

Berilah kejyaan kepada ku..
Ku mohon dengan rasa rendah dirinya aku..
Berilah aku kekuatan...
Bantulah aku..

Hanya padMu ku mengadu dan memohon pertolongan...
Amin..amin..
p/s : mama rasa mama tengah merangkan dan cuba bangun untuk berlari....
hasyuni mat isa

Dengan Nama Allah Yang Maha PemuraH Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt....

Syawal dah tiba, Ramadhan dah berlalu....pantasnya masa berjalan....terlalu pantas..terasa satu hari meniti ke satu hari berlalu amat pantas..semuanya kerja dikejar2nya..kekadang mama rasa tertekan juga la...macam diri ni tak terurus....sedihkan...ini mama terlalu kejar dunia nampaknya..

Tetapi, kalau kerja ari sabtu pagi atau keluar hari sabtu pagi..mama suka dengar radio ikim...motivasi dari Dr Mohaya..(tak pasti betul atau tak namanya)...dr ini menurutnya laluan hidupnya amat mudah, semasa dia ambik exam untuk menjadi specialist juga mudah..antara tips yang diberikan adalah..letak Allah dihadapan, kemudian suami...ini kerana sekiranya redha Allah kita cari, redha suami kita cari..katanya InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita...itu yg ditekankan..

2. kemudian, antara isinya lagi..sebelum nak buat sesautu kita mestu cakap pada diri kita..."yaAllah Redha mu kucari, keranamu ku buat ini" diharap apa yg kita buat segala2nya semata2 Allha.dan ini dijadikan sebagai ibadah kita..

3. Isinya lagi..kita hendaklah sentiasa solat hajat untuk memperoleh segala kejayaan..kerana kita tak ada apa2...

Selalulah kita dengar motivasi.....dan yg paling kita seharusnya setiap hari baca Al-Quran..ini teguran untuk mama...mama berbual ngan kak fadiah..akak tahutak antara perkataan yg selalu terbit mulut saya ni...ialah BOSAN...akak tu cakap: Yuni ni stress sebenarnya..tapi kita selalu lupa baca Al-Quran..itu yg menyebabkan kita stress...he..he..he..terkedu mama...

Bab kata ustaz dalam al-kuliah ari tu : "Kalau kita merasakan bahawa makan itu merupakan perkara yg wajib bagi jasmani kita, begitu juga la ngan makanan rohani kita, makanan rohani kita adalah bacaan Al-Quran...setiap hari rohani kita pun perlu makanannya..."..

Mai kita fikir bersama.....sebenarnya bagi mama perlukan makanan rohani..agar mama terus sihat....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...

Kisah ini adalah kisah benar...kisah kasihnya seorang ayah terhadap anaknya..Ayahnya dah berumur dan berusia, tetapi kekadang si ayah ini , terlupa dengan kudrat yang ada sekarang tidak sama dengan kudrat semasanya muda dulu......
Amat besr kasihnya ayah..mama letak pada gambar ayah mama, ayah pembakar semangat mama untuk terus berjuang menjadi bintang di malam yg gelap..bagi mama ayah la pembakar semangat....
Sekarang musin buah kat kampung, mama dah rasa semua buah yang ada kat kampung tu..mak ngan ayah mama dah bawa mai umah dah..ntah apa yg gatalnya mulut mama ni, bila ayah cakap nak pos lagi buah rambutan mama ia je kan..sedapnya....ayah dah janji ngan mama nak pos dengan bas..tapi tak pa la..mama tak harap sangat...

Tetapi sekitar minggu lepas. tengah maghrib mama dapat call dari mak mama yang menyatakan ayah jatuh pokok rambutan tengah ambil rambutan untuk mama ngan pak su..risaunya hati tuhan je tahu...tunggu lagi panggilan, kemudian dapat panggilan dari abg mama yang menyatakan ayah dah masuk wad dalam keadaan tak sedar..mama dengan keadaan tersebut terus balik malm tu juga...cuma yg laratnya mama hanya mampu jaga 2 hari je..tuntutan kerja...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wrt..

Mama pernah katakan..bahawa antara mimpi indah yg mimpikan..inilah mimpi yg mama tak pernah masuk dalam mimpi indah mama.....memang mama tak pernah berangan atau mimpi..Tapi Alhamdulillah....

Sekadar gambar kenangan yg diambil sepanjang majlis tersebut...








Alhamdullilah.....
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt..



Erti Doa Solat Dhuha:"Wahai Allah , Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu, keagungan itu adalah keagunganMu, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekkuasaan itu itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan iti adalah perlindunganMu, Wahai Allah , Jika rezekiku di langit maka turunkanlah Ia, Jika di dalam perut bumi maka keluarkan ia, Jika sukar ( mendapatkannya) maka mudahkan ia, Jika haram ( kotor ) sucikan ia, jika jauh dekatkan dia, dengan berkat waktu dhuha, keagungan , keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkan kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...Ameen..."

kekadang bila amalkan ,....sesautu yg kita tak mimpi..hatta dalam mimpi2 indah kita pun, rezeki itu tak termasuk dalam senarai mimpi indah yg kita idamkan....dalam erti kata yg sebenarnnya pekara itu adalah yg mustahil...kalau org cakap untung sabut timbul, untung batu tenggalam...tapi mama rasa ini adalah untung batu yg timbul...memang hakikatnya tidak ada angan2 langsung..

Kesimpulannya: Allah itu hebat...cuba hayati dan renungkan maksud doa itu..betapa kasihnya Allah pada kita...mama tidak mampu berkata2 apa2...
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wrt...

Menulis adalah salah satu cabang untuk menyuarakan pendapat dan salah satu cara kita berdakwah...apa yg mama nak cerita disini adalah tentang satu perkataan yg cukup sinonim dengan kita ..kalau kita dengar sesapa bercakap di radio ka..di tv ka...apa2 saja la berkaitan dengan hidup ka..hatta dalam perniagaan ...perkatan TAMBAH NILAI acap kali disebut2....sebenarnya TAMBAH NILAI tu apa? satu hari mama tanya maksud tersebut kat suami ...."la..mama tak tau ka, apa tu TAMBAH NILAI..dulukan kat UPM ..pensyarah selalu sebut tentang tambah nilai..memang la perkataan tu senang je...tapi mungkin membawa maksud yg amat mendalam..."

"Mama...contohnya macam ni..kalau seorang peniaga tu jual air tebu je..sedangkan ramai orang dah jual air tebu..jadi untuk meningkatkan hasil jualan tu, peniaga tersebut terpaksa buat TAMBAH NILAI terhadap productnya..seperti jual ais krim tebu ka...sedaikan jus tebu ka...jadi itu maksudnya tambah nilai..."
oooooo...baru mama nampak apa tu TAMBAH NILAI..
he..he..he..kekadang bertanya tak sesat jalan kita kan..

Sedap juga perkataan TAMBAH NILAI...banyak yg perlu ditambah nilai mungkin dari segi ibadat kita...pekerjaan kita ...dan tugas kita sebagai mama dan ayah..serta kualiti hidup kita..agak2nya kalau hidup kita ni plain je...sama je..dari sebelum kerja ngan sebelum berkahwin sama je..mesti itu dikatakan tiada langsung Tambah Nilai kita...
Tapi yg pasti , satu je yg bertambah UMUR kita makin hari makin bertambah...maka kita akan berada dalam kerugian la ..kalau macam tu...

Kekadang mama terfikir...nilai Tambah atau Tambah NIlai amat penting...bukan apa2..tak kan la kita duduk dalam keadaan statik je...lama2 kita juga akan boring...hidup ni perlu ada perubahan..Perubahan dalam Islam adalah Hijrah..hijrah maksudnya kita mesti la dari buruk ke baik...terutama dalam bulan Syaaban ni...kemudian kita kan masuk dalam bulan Ramadhan...doa2 la agar kita mampu Tambah Nilai kita dalam bulan yg penuh berakah ni...
Diam2 tak diam saban tahun kita akan berada dalam bulan Ramadhan tetapi tahun depan kita tak pasti lagi...mudahan kita sama2 dapat buat Tambah Nilai tersebut...tetiba mama teringat KAd Touch N Go....selalu je tambah nilai pada kad tersebut..knp?..sebab kalau mama tak tambah nilai maka mama tak la dapat guna kad tersebut untuk pergi kemana2... lagi satu perasan tak kalau guna Kad Touch N Go tu berbanding ngan Tunai..laluan Touch N Go tu lebih cepat dan mudah je..berbanding laluan Tunai..terpaksa beratur lama la ..baru la kita boleh bayar duit tol..kalau kita dah Tambah Nilai siap2 Touch N Go kita ..kejap je kita settle urusan pembayaran Tol...Anologinya mudahkan...begitu juga la laluan hidup kitakan ..kalau sahabat2 kita yg buat TAmbah Nilai dari segi ibadahnya...laluan kita disana InsyaAllah akan dipermudahkan...begitu juga hidup kita didunia ni,,kalau kita TAMBAH NILAI ilmu kita..INsyAllah kita akan dipermudahkan...
oooooooo.....TAmbah Nilai apa yg jadi pilihan kita..tapi mama rasakan semua perkara kita perlu TAMBAH NILAI..terutama ibadah kita...mudahan Ramadhan ini kita berusaha buat TAMBAH NILAI yg sepatutnya..agar NILAI TAMBAH kita akan BERTAMBAH NILAI di sisi Allah....

p/s: Rupa2 semasa menulis baru mama tersedar TAMBAH NILAI tu AMAT PENTING...,