hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
( Semua catatan ini diringkas dr buku Pengembaraan Ibn Battutah )

Pengenalan...
Siapa Ibn Battutah...

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battutah ( 704-769/ 1304-1368 ) merupakan seorang tokoh pengembaraan yg terkenal dan tersohor dlm sejarah Islam bahkan sejarah dunia..Nanum begitu para pengkaji sukar menemui maklumat terperinci mengenai riwayat hidupnya..riwayat hidupnya terdapat dlm karyawannya sendiri iaitu Rihlah Ibn Battutah, terdapat juga dlm Ibn Khaldun dalam Muqaddimah (pengenalan) , dalam Ibn Hajar dlm karya Al-Durar Al-Kaminah ( Permata-permata yg Tersembunyi )...
Tentang Ibn Battutah , Ibn Hajar menyatakan: Beliau sederhana ilmunya. Pd bulan Rejab tahun dua puluh lima (725 Hijri ) beliau sudah menjelajah dunia sebelah timur. Beliau merentasi negeri-negeri timur sehingga menembusi 'Iraq al-A'jam ( Farsi ), lalu memasuki India, Sind dan Cina dan kembali ke Yaman.Beliau menunaikan haji pada 726 Hijri dan menenemui ramai tokoh penguasa dan ilmuwan. Beliau bermukim beberapa di Mekkah kemudian kembali ke India di mana rajanya melantik beliau menjadi kadi..Beliau meninggalkan India dan kembali ke Maghribi lalu menceritakan kelakuan raja India , pengalaman beliau dan perkara yg beliau pelajari drpd penduduk India

p/s : Belum sampai lg sapa Ibn Battutah...
0 Responses

Post a Comment