hasyuni mat isa
Dgn Nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

siapakah Ibn Battutah?

Ibn Battutah dilahirkan dlm keluarga ahli fiqh Mazhab Maliki di Tanjah ( Tangier ), Maghiribi Utara, pada tahun704/1304 ( zaman pemerintahan dinasti Bani Marin) ..beliau dibesarkan di Tanjah dan mendalami pelbagai ilmu sepanjang pengajiannya..seperti ilmu fiqh n sastera b.arab..
Ketika umur 22 thn, beliau telah meninggalkan Tanjah untuk menuaikan ibadat haji, ibadat haji ini digelarkan Douglas Bills "The Longest Hajj" (ibadat haji paling lama ) kerana beliau pulang ke kg setelah menghabiskan 25 tahun di perantauan..
Bagi Ibn Battutah, ibadat haji bukan sahaja menunaikan rukun islam, tetapi juga merupakan peluang utk melanjutkan pengajian di pusat pengajian termuka di Timur ...jadi keinginan yg kuat utk menunaikan haji serta menambah ilmu nenjadi faktor awal pengembaraan beliau..
Ketika di Mesir, timbul keinginan untuk menjelajah lebih jauh lg...maka dengan sengaja beliau memilih jalan yg jauh dengan tujuan dapat menemui banyak tempat yg berbeza serta dpt mengutip pelbagai pengalaman.serta menemui seramai mungkin tokoh penting di kalangan ulama' , pemerintah, ilmuwan dan ahli sufi..Azam beliau ialah : tidak mahu melalui jalan yg sama dua kali..
Sepanjang pengembaraan beliau amat rajin mengamati resam budaya penduduk setempat serta cerita2 tempatan yg menghiburkan serta menakjubkan...Amat pandai mengambil hati serta selalu disambut dan diraikan oleh penguasa dan diberi kehormatan n dihadiah wang n pelbagai hadiah yg lumayan utk melincinkan pengembaraan beliau..
Slps menunaikan ibadat haji yg pertama (726/1326)beliau menjelajah Iraq n Iran dan kembali ke Mekah....
p/s : Terpaksa bersambung...khadijah dah bangun..sambung nanti...
0 Responses

Post a Comment