hasyuni mat isa
Dgn Nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

siapakah Ibn Battutah?

Ibn Battutah dilahirkan dlm keluarga ahli fiqh Mazhab Maliki di Tanjah ( Tangier ), Maghiribi Utara, pada tahun704/1304 ( zaman pemerintahan dinasti Bani Marin) ..beliau dibesarkan di Tanjah dan mendalami pelbagai ilmu sepanjang pengajiannya..seperti ilmu fiqh n sastera b.arab..
Ketika umur 22 thn, beliau telah meninggalkan Tanjah untuk menuaikan ibadat haji, ibadat haji ini digelarkan Douglas Bills "The Longest Hajj" (ibadat haji paling lama ) kerana beliau pulang ke kg setelah menghabiskan 25 tahun di perantauan..
Bagi Ibn Battutah, ibadat haji bukan sahaja menunaikan rukun islam, tetapi juga merupakan peluang utk melanjutkan pengajian di pusat pengajian termuka di Timur ...jadi keinginan yg kuat utk menunaikan haji serta menambah ilmu nenjadi faktor awal pengembaraan beliau..
Ketika di Mesir, timbul keinginan untuk menjelajah lebih jauh lg...maka dengan sengaja beliau memilih jalan yg jauh dengan tujuan dapat menemui banyak tempat yg berbeza serta dpt mengutip pelbagai pengalaman.serta menemui seramai mungkin tokoh penting di kalangan ulama' , pemerintah, ilmuwan dan ahli sufi..Azam beliau ialah : tidak mahu melalui jalan yg sama dua kali..
Sepanjang pengembaraan beliau amat rajin mengamati resam budaya penduduk setempat serta cerita2 tempatan yg menghiburkan serta menakjubkan...Amat pandai mengambil hati serta selalu disambut dan diraikan oleh penguasa dan diberi kehormatan n dihadiah wang n pelbagai hadiah yg lumayan utk melincinkan pengembaraan beliau..
Slps menunaikan ibadat haji yg pertama (726/1326)beliau menjelajah Iraq n Iran dan kembali ke Mekah....
p/s : Terpaksa bersambung...khadijah dah bangun..sambung nanti...
hasyuni mat isa
disebuah hutan belantara, ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa itu sangat lemah kerana hilang tempat perlindungannya..Tidak lama kemudian sekawan kambing datang melintasi tempat itu..Bayi singa ini mengerak-gerakkan tubuhnya yg lemah, Mama kambing melihat keadaan baby singa tu merasa kesian melihat keadaan baby singa tu..Jadi terbitla nalurinya untuk merawat dan melindungi baby singa tu..
Si mama kambing lalu menghampiri baby singa dan membelai dengan penuh kasih sayang ...sehingga baby singa tu merasakan itu mamanya..Lalu baby singa tu terus mengikut kemana saja mama kambing tu pergi..sehingga menjadi keluarga ngan sekawan kambing itu
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, maka anak singa itu semakin membesar dalam asuhan mama kambing itu, dan hidup dlm suasana kekambingan...kambing menyusu, singa pun menyusu, makan , minum dan bermain bersama-sama ngan anak kambing..Tingkah lakunya sebiji macam kambing la..bukan macam singa...Bahkan baby singa tersebut yg dah jadi singa dewasa mengeluarkan bunyi macam kambing..bek..bek...bukan mengaum macam singa..
Singa tadi merasakan dirinya kambing, bukan singa...Ia sama sekali tidak mengangap dirinya seekor singa..
Suatu hari, terjadi pergaduhan..seekor serigala buas masuk memburu kambing tersebut..semua kambing-kambing jadi panik..semua kambing ketakutan...yg bestnya singa tersebut pun sama-sama lari ketakutan...Mama kambing pun minta pertolongan pada singa itu berlawan ngan serigala tersebut..mama kambing pun berkata"Kamu, singa , cepat tolong takutkan serigala tu...keluarkan auman kamu yg kuat agar serigala tersebut takut..dan lari"kata mama kambing pada singa tersebut..
Malangnya , anak singa yg telah ditarbiyah dengan kekambingan ikut berlari ketakutan dan bestnya ia berselindung belakang mama kambing ...Singa tersebut berteriak sekuat hatinya....apa yg keluar? Bukan gauman singa tapi bekan kambing...bek..bek...bek...Sama je ngan kambing yg lain..Anak singa tersebut tidak bisa membuat apa2 ketika salah seekor saudara susuanya diterkam dan dibawa lari oleh serigala itu...
Mama kambing sangat sedih...kerana anaknya telah menjadi habuan serigala..Ia menatap kepada anak singa itu dengan perasaan marah..." Seharusnya kamu dapat menyelamatkan saudara kamu , dan sepatutnya kamu dapat berlawan dan menghalau serigala tersebut..."
Anak singa itu hanya tertunduk dan tidak faham dengan maksud perkataan mama kambing itu...Ia sendiri merasa takut ngan serigala, maskan ia dapat berlawan ngan serigala tersebut...Ia merasa sangat sedih kerana tidak berbuat apa2 untuk menyelamatkan keadaan..
Hari berikutnya, serigala datang menganas lagi....Kembali memburu kambing untuk santapannya..Kali ini, mama kambing sebagai habuan...mama kambing telah ditangkap dan dicengkam oleh serigala tersebut.Semua kambing tidak berani menolong mama kambing.Anak singa tidak sampai hati melihat mama kambing tersebut mati kerana ia telah menganggap sebagai mamanya...Dengan nekad ia terkam dan menyondol serigala...serigala amat terkejut dihadapannya ada seekor singa..
Serigala jd amat takut...Habisnya kali ni..Ia pasrah , ia merasakan ari ni mautnya akan sampai...
DEngan kemarahan luar biasa , anak singa itu berteriak keras...."EMbiiiiiiiiiiiiik!!!! Lalu ia mundur kebelakang dan ambil tajak untuk menyeruduk lg...
Melihat tingkah laku anak singa itu, serigala yg ganas dan licik itu langsung tahu bahawa yg berada di depannya adalah anak singa yg mentalnya adalah kambing...Tidak ada bezanya dengan kambing...
Tidak semena-mena ketakutannya hilang...Ia menggeram marah dan siap menerkam kambing bertubuh singa itu...atau singa bermental kambing!
Sementara, anak singa itu menerjang dan menyurudukkan kepalanya layaknya seekor kambing, sang serigala telap siap ngan kekuda-kudanya...DEngan sedikit kekuatan sahaja, serigala itu dapat merobek wajah anak singa itu dengan cakarannya..

Anak singa itu tersembam dan mengaduh, seperti kambing mengaduh.Sementara itu, kambing2 yg menyaksikan peristiwa itu merasa cemas..Mama kambing hairan, knp singa yg kuat itu kalah ngan serigala..Bukankah Singa Raja Hutan?
Tanpa rasa belas kasihan sikit pun, serigala itu terus menyerang anak singa tersebut...Sehingga hampir nyawa-nyawa ikan anak singa itu..Saat genting itu,Mama kambing yg tidak sampai hati melihat keadaan anak singa itu, terus menerajang serigala tersebut dengan sekuat hati sehingga terpelanting jauh serigala itu...
Dan tiba-tiba, muncul seekor singa dewasa dengan auman yg dasyat!...Semua kambing ketakutan dan merapat..anak singa pun turut merapat sama..Sementara itu, serigala lari lintang pukang...Saat singa dewasa menerkam ke sekawan kambing itu, ia terkejut!terkejut kerana di tengah-tengah sekawan kambing itu, terdapat seekor anak singa!
Beberapa ekor anak kambing lari, yg lain pun lari...dengan anak singa tersebut pun lari....Singa itu tertegun...Ia hairan knp anak singa itu ikut lari mengikut kambing? Ia mengejar anak singa itu, dan berkata" Hai kamu jangan lari!Kamu anak singa, bukan kambing!Aku tak kan memakan kamu..."
Namun anak singa itu terus berlari dan berlari, singa dewasa itu terus kejar ia ..ia tidak jadi mengejar sekawan kambing itu...Tetapi mengejar anak singa itu..Akhirnya anak singa itu tertangkap, Anak singa itu ketakutan..
"Jangan bunuh aku, "...."Kau anak singa, bukan anak kambing..Aku tidak bunuh anak singa!"
Dengan meronta-ronta anak singa itu berteriak" Tidak aku anak kambing! Tolong lpskan aku!.."suaranya bukan auman , tp bek..bek..seperti kambing...
Sang singa dewasa hairan...Bagaimana mungkin anak singa bersuara kambing, dan bermentalkan kambing...Denngan geram, ia menyeret anak singa itu ke sungai..ia harus menunjukkan siapa sebenarnya anak singa itu...Samapai anak sungai yg jernih airnya, ia meminta anak singa melihat bayang2nya sendiri dan bandingkan dengan singa dewasa...
Setelah melihat bayang2nya , anak singa terkejut..."Ohhh..rupa dan bentuk ku sama dengan kamu..sama ngan kamu...singa..si raja Hutan!"
"Ya ..kerana kamu anak singa, bukan anak kambing!"
" Ya, aku seekor singa si Raja Hutan...bukan kambing"
" Ya..kamu adalah singa..Seluruh isi hutan takut dgn kamu..Mari aku ajarkan bagaimana hendak menjadi raja hutan..."
singa dewasa lalu menangkat kepalanya dgn penuh wibawa, dan mengaum dengan kuatnya...Anak singa itu lalu meniru dan mengaum dengan kuat ..mengentarkan seisi hutan..kebetulan serigala ganas itu terdengar dan berlari dengan kelam kabutnya..

Anak singa dengan kuatnya berteriak" Akulah adalah seekor singa! Raja Hutan yg gagah perkasa..."
Singa dewasa tersenyum bangga mendengarnya...
Habisla ceritanya:

Moralnya: Mama terfikir...rupanya mama selama ini hebat dalamISLAM itu sendiri...ISLAM dah hebat..mama yg Malas untuk memperbaiki diri sendiri, malas berfikir malas segalanya..
"YA-ALLAH JANGANLAN NKAU JAUH AKU DR NIKMATMU DAN PANDANGAN MU...AKU MERINDUI MU.."
hasyuni mat isa
Salam..
Bercakap mengenai rezeki ini Allah yang tentukan...

Ari ni..
Komputer suami ku skrin pecah sebab ditekan oleh khadijah rezeki...

Anak-anak pun rezeki...bab kata soarang sahabat..kita tak pernah lihat anak2 kita sebagai rezeki..kita hanya tgk gaji, kenaikan pangkat dan segala material sebagai rezeki..he..he...terkena pada diri sendiri..

Kereta rosak pun rezeki...macam2 rezeki Allah bagi pada kita..macam2..kesihatan yg baik juga rezeki..ada kelaurga yg bgs2 jiga rezeki..macam2..

Tu lah pentingnya rukun Iman....perkara Iman kepada Qada' dan Qadar...tak dapat bayangkan betapa ramainya makhluk ini frust , bunuh diri dan sebagainya terjadi..kerana tidak beriman dengan Qada' dan Qadar ni...

Tu la...Allah dah buat cantik dah, sejajar ngan fitrah manusia ni..betul-betul..Andai kepercayaan ini tidak ada, agaknya macamana la...

Macam td, komputer rosak disebabkan anak2..sabar la..semua pekara penting dalam komputer tu..sabar la abang..kita try repair..nak repair duit juga..rezeki la...

p/s : Rezeki , rezeki ,sabar, sabar
hasyuni mat isa
Renungan bersama: Ari tu ada tulis hadis ni tapi tak penuh..

Renungan bersama:
" Lihatlah orang yang dibawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan ( melihat ke bawah lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu )" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
hasyuni mat isa
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
( Semua catatan ini diringkas dr buku Pengembaraan Ibn Battutah )

Pengenalan...
Siapa Ibn Battutah...

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battutah ( 704-769/ 1304-1368 ) merupakan seorang tokoh pengembaraan yg terkenal dan tersohor dlm sejarah Islam bahkan sejarah dunia..Nanum begitu para pengkaji sukar menemui maklumat terperinci mengenai riwayat hidupnya..riwayat hidupnya terdapat dlm karyawannya sendiri iaitu Rihlah Ibn Battutah, terdapat juga dlm Ibn Khaldun dalam Muqaddimah (pengenalan) , dalam Ibn Hajar dlm karya Al-Durar Al-Kaminah ( Permata-permata yg Tersembunyi )...
Tentang Ibn Battutah , Ibn Hajar menyatakan: Beliau sederhana ilmunya. Pd bulan Rejab tahun dua puluh lima (725 Hijri ) beliau sudah menjelajah dunia sebelah timur. Beliau merentasi negeri-negeri timur sehingga menembusi 'Iraq al-A'jam ( Farsi ), lalu memasuki India, Sind dan Cina dan kembali ke Yaman.Beliau menunaikan haji pada 726 Hijri dan menenemui ramai tokoh penguasa dan ilmuwan. Beliau bermukim beberapa di Mekkah kemudian kembali ke India di mana rajanya melantik beliau menjadi kadi..Beliau meninggalkan India dan kembali ke Maghribi lalu menceritakan kelakuan raja India , pengalaman beliau dan perkara yg beliau pelajari drpd penduduk India

p/s : Belum sampai lg sapa Ibn Battutah...
hasyuni mat isa
Buku ini pertama kali terdengar sms mendengar dalam radio ikim...telah diterjemahkan dlm bahasa Melayu oleh IKIM..hati ini teruja untuk memilikinya..harganya ketika itu rasa-rasanya dlm rm 250 ke atas...masa tu aku zaman belum keja lg..tertelan air liur je la...tahun tu aku tengah tanam anggur kat utan aji, macamana nak dapatkan buku tu..kesian...punya la teringin buku ni...aku sanggup suruh suamiku jadikan buku ini sebagai hantaran kahwin..he..he..iaitu saba' Islamic punya cd dan buku ini..cuma tercapai saba' Islamic cd je..tu pun selepas selamat diijabkabulkan..panjangkan kronologi buku ini..bukan mudah nak dapatkan..mungkin sebab ilmu didalamnya pun berat...tahun ni g pesta buku antarabangsa pun aku tak jumpa buku..akhirnya jodoh kita bertemu di Smk sri Istana...rezeki tu datang sendiri...Alhamdulillah...dengan harga RM200 berserta cd jejak rasul....aku berjaya akhirnya...
Ari ni..cuma tercatat kronologi macamana payahnya nak dapatkan buku ni..dari aku anak dara sampai aku dah ada anak dara dan anak teruna ( lebih kurang 6 tahun la pencariannya)
Alhamdulillah..azam aku kali ni nak habiskan buku ni..cabaran ni...tabalnya 967 ms..Doakan aku..pasal apa yg aku baca nanti akan aku ringkaskan dalam fatamorgana ni...Doakan
p/s : Aku berazam agar dapat abiskan buku ni ..Amin...ilmu ni..he..he..
hasyuni mat isa
Salam..dah lama pondok fatamorgana tak mengeluarkan bayang-bayangnya...

Cerita 1 : Pagi ni aku terima 2 sms berturut-turut iaitu dari sahabatku x-smkaa dulu..persahabatan yg terjalin lebih dr 10 tahun mengeratkan kami..sms pertama : Salam Al-Fatihah buat mak sahabat kita Anis kerana telah Rahmatullah pada pagi ini..kemudian sms yg ke-2: Takziah buat Anis sekeluarga atas kematian ibu nya pada pagi ini..Al-Fatihah...semasa menerima sms ini terkedu dan terfikir..macamana agaknya aku nak terima keadaan ini, sekiranya kematian berlaku terutama mak dan ayah aku...terfikir secara kebetulan pagi ni aku baru hantar mak aku balik ke kg...adakah hati aku dah bersedia menerima segala kemungkinan ini...risau aku...
Buat sahabatku Anis : Takziah buat hang...aku doakan hang bersabar..mudhan kita tergolong anak yg solehah sentiasa berdoa untuk mak dan ayah..teringat masa belajaq dulu..ustazah sentiasa ingatkan matinya anak adam tinggal 3 perkara iaitu ilmu yg dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa dr anak soleh...amin...

Liku-liku hidup ini berbeza, jalannya pun berbeza..bab kata seorg ustaz dalam kuliahnya: Kita dari segi ilmu kita kena tgk org atas dr kita maksudnya org yg lebih alim dr kita, tapi dari segi harta benda kita kena tgk org yg bawah kita, iaitu org miskin dr kita br kita insaf...
Sahabatku ...ini dugaan untuk hang..semoga tabah..
Walaupun liku2 hidup berbeza tapi matlamat kita dan arah tujuan kita masih sama iaitu alam yg hakiki..alam akhirat..
Entahla..terasa makin tua makin byk dosa terkumpul...
Dedekasi buat sahabatku : Walaupun aku jauh..tapi kami warga intel-97 akan bersama-sama hang..